YM PUTERI NOOR AFZAN - Glam Malaysia

YM PUTERI NOOR AFZAN

YM Puteri Noor Afzan Binti Datuk Sri Mohamad T Al-Ozeir sebagai penghias muka depannya untuk tahun ini. Mesra dengan panggilan Noor, puteri kepada YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang Tengku Tan Sri Hajjah Meriam ini berusia 22 tahun. Noor kini sedang menuntut pengajian Masters dalam Luxury Brand Management di London. Di umur semuda itu, kebanyakan gadis seusia masih mencari-cari akan laluan terbaik menuju ke masa hadapan. Noor pula berazam mahu membina bisnes sendiri berteraskan gaya hidup suatu hari nanti. Gadis berketurunan raja ini juga memiliki darah Lebanese mengalir dalam tubuhnya. Noor selesa dengan jenama high street seperti Maje, Pinko dan Zara. Namun untuk kasut, pilihan pertamanya adalah Gianvitto Rossi. Turut meminati rekaan indah pereka Lebanon seperti Zuhair Murad dan Elie Saab serta semestinya Chanel yang tidak pernah mengecewakan.