GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

AINA SYAHIRAH DATUK DR AZLIN

Bekerja di bahagian Perhubungan Awam dan Pemasaran untuk pereka fesyen Jonathan Liang dan Palais Luxe telah mendekatkan Aina kepada dunia fesyen. Mengakui stailnya lebih kepada edgy dan classy, Aina juga memberitahu bahawa warna nude, merah jambu dan hitam mendominasi gerobok pakaiannya. “Olivia Palermi adalah ikon fesyen saya”. Himpunan Marchesa dan Victoria Beckham pula menjadi idaman wanita berkelulusan Universiti Taylors ini. Mengenai perkembangan industri fesyen di Malaysia, Aina berpendapat “Seronok melihat pereka muda sekarang lebih berani mempersembahkan hasil rekaan mereka dan juga sungguh berbakat! Malah pereka senior turut memberi sokongan yang padu kepada mereka. Tak mustahil Malaysia akan menjadi pusat feyen terbaik satu hari nanti.”