DAIYAN TRISHA

GLAM Societe

DAIYAN TRISHA

1059

Anak kelahiran Selangor ini merupakan seorang penyanyi, pelakon, dan juga model. Daiyan juga menceburi bidang pembuatan barang kemas dengan kolaborasinya baru-baru ini bersama syarikat Wonderlust and Co. Daiyan mengakui bahawa minatnya terhadap barang aksesori telah membuka peluang untuk menceburi bidang baru. Pada Daiyan, menghiasi diri dengan cincin, anting-anting, mahupun rantai yang berkilauan mampu meningkatkan lagi penampilan seseorang secara menyeluruh. Daiyan
yang berumur 26 tahun ini, sangat meminati ikon popular dunia Madonna terutamanya ketika masa transisi dari zaman 80-an ke 90-an. “Everything was so loud, be it music or fashion.” kata Daiyan menerangkan zaman glamor kegemarannya yang dipanggil sebagai The Madonna-era.

Your email address will not be published. Required fields are marked *