Kim Kardashian Berang Hasil Karya Seni North Dipertikai
Sosialit dan usahawan, Kim Kardashian tidak mampu menyembunyikan kemarahan apabila anak sulungnya, North West menjadi bahan jenaka di internet.
Bintang Keeping Up With the Kardashians itu berkongsi foto karya seni yang ditandatangani oleh puteri sulungnya yang berusia tujuh tahun di Instagram. Dia menulis kapsyen, “My little artist North.”
Namun ia menjadi bahan jenaka di media sosial dan ramai netizen meragui kemampuan North menghasilkan karya yang sebegitu hebat.
Nama mendiang Bob Ross, pelukis dan guru seni juga trending di Twitter apabila netizen membandingkan lukisan North dengan karya seni Bob.
Tanpa menunggu lama, Kim memberi respon dan menyelar orang dewasa yang mempersoalkan bakat artistik anaknya dalam satu kenyataan panjang lebar di Instagram Story. “Jangan berani berkata buruk mengenai anak saya!”.
Kim menjelaskan, North dan rakan baiknya mengikuti kelas lukisan minyak secara serius dan bekerja keras untuk menghasilkan karya seni tersebut selama berminggu-minggu.
“Tergamak anda semua melihat kanak-kanak melakukan sesuatu yang hebat, kemudian berkata bukan mereka yang melakukannya. Tolong berhenti memalukan diri sendiri dengan negativiti, biarkan semua kanak-kanak serlahkan kehebatan mereka,” tulisnya.
Kim kemudian berkongsi lebih banyak hasil seni North dan rakannya, Ryan yang menghadiri kelas sama. Tidak lama selepas itu, dia memuat naik kembali karya asal North di Instagram Story dan menulis, “Tabik kepada semua ibu di luar sana yang berbangga dan teruja berkongsi karya seni anak mereka.”
Malah, dia turut berkongsi karya seni asal Kanye West termasuk lakaran dan lukisan dari zaman kanak-kanaknya. Menurut W Magazine, penyanyi rap itu mula mengambil kelas seni sejak berusia empat tahun.
Ini bukan kali pertama North mempamerkan kreativitinya dalam bidang seni. Ketika berusia 16 bulan, dia menghadiahkan ibunya beg tangan Hermès dengan hasil lukisan tangan sendiri sempena hari ulang tahun Kim.
Dia menulis, “Saya fikirkan ia hasil seni pelukis baharu, tetapi rupanya puteri saya. Ia sangat menakjubkan.” Dia berkongsi sekali lagi foto beg tersebut untuk menghentikan tuduhan yang sedang bertebaran.
North juga mengikut jejak langkah bapanya sebagai penghibur dan pernah menyanyi rap di atas pentas pertunjukan Yeezy sewaktu Minggu Fesyen Paris tahun lalu.
Kanye juga berkerjasama dengan North untuk mencipta rutin tarian, dedah Kim dalam episod My Next Guest Needs No Introduction with David Letterman.
“Kami baru sahaja mengambil North dari sekolah tarian, ada pertandingan tidak lama lagi,” kata Kim mengenai acara yang melibatkan hanya anak dan bapa itu. Dia menambah, North dan Kanye telah memenangi pertandingan tersebut selama dua tahun berturut-turut.
Foto: Michael Simon Photography
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
