Bengkel Gubahan Bunga GLAM Deko bersama Comyns
Petang Rabu, 10 Jun lalu, ruang pamer jenama barangan perak, Comyns, Pavilion dipenuhi pembaca setia GLAM Deko yang hadir untuk acara gubahan bunga anjuran bersama GLAM Deko. Dikelilingi kehalusan seni ukiran dan reka bentuk barangan dan aksesori perak Comyns, kesemua tetamu nyata terkesima menatap satu per satu hasil seni perak jenama berusia 300 tahun ini.
Majlis dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai asal-usul dan kepakaran perak Comyns sebelum diteruskan dengan sesi gubahan bunga yang tentunya dinantikan tetamu.

Pengurus Komunikasi Comyns, Nigel Gan memberi kata-kata aluan.
Sesi kali ini menggunakan tiga jenis bunga segar; eustoma, carnation dan baby breath dalam rona – rona romantis untuk kendalian peserta. Setiap peserta diberikan satu pasu kaca berbentuk empat segi atau bulat untuk gubahan bunga. Peserta diajar secara berperingkat diikuti tip dan petua berguna ketika mengendalikan bunga segar berpandukan gubahan sedia ada menggunakan pasu perak Comyns.

Reaksi peserta yang tekun mendengar tip dan petua menggubah bunga dari team GLAM Deko.

Pemilik kafe kopi Whisk, Emma Khalid bersama ibu antara yang hadir.
Mewah dalam apungan haruman lilin Dyptique; tidar sedar, para peserta berjaya menyiapkan gubahan bunga masing-masing dalam masa dua jam. Acara disudahi dengan makan-makan ringan sambil terus berborak mengenai selok-belok, trend dan hala tuju semasa industri reka bentuk tempatan. Malah, ada juga yang sempat menuju ke pojok haruman Dyptique untuk mendapatkan terapi tangan sambil melihat – lihat produk haruman jenama Paris ini.
Tiga gubahan terbaik hasil kerja peserta petang itu.

Bersama peserta yang hadir.

Cenderamata dari Comyns yang dibawa pulang para peserta
Bagi yang berminat untuk menyertai acara dan aktiviti terkini GLAM Deko boleh ikuti kami di laman facebook GLAM Deko atau instagram @glamdekomy.
Gambar : Daniel Lai
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

