Bohopanna Kini Di Malaysia, Berinspirasikan Indomie!
Diinspirasikan daripada jenama mi goreng yang ikonik Indomie, Bohopanna mengembangkan rangkaian pakaian kanak-kanaknya ke Malaysia!
Berita baik buat para dan yang bakal menjadi ibu bapa! Bohopanna yang merupakan label pakaian kanak-kanak dari Indonesia, kini dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Koleksi terbaru Bohopanna adalah kolaborasi bersama jenama mi goreng terkenal, Indomie. Kerjasama antara dua jenama ini dibuat sempena ulang tahun Indomie yang ke-13, dan Bohopanna yang mengembangkan rangkaian pakaian kanak-kanaknya ke Malaysia. Kolaborasi ini juga merupakan sebagai penghormatan buat jenama mi goreng yang ikonik, dengan ilustrasi nostalgia dan frasa tempatan yang klasik!
Jenama pakaian kanak-kanak Bohopanna, Berinspirasi Indomie.

Foto: Bohopanna
Koleksi nostalgia daripada Bohopanna dengan kolaborasi bersama Indomie ini didatangi dengan tiga warna terang dan bergaya. Skirt, baju, dan set baju t-shirt dan seluar bersaiz besar menjadi antara item dalam koleksi ini. Kelembutan fabrik pula tiada tandingannya. Setiap item pakaian Bohopanna dibuat dengan penuh kasih sayang. Label pakaian kanak-kanak ini akan memastikan pakaian selamat digunakan untuk semua jenis kulit, termasuk kulit bayi dan kulit yang sensetif. Mereka menggunakan kapas OEKO-TEX yang diperakui 100%. Kanak-kanak pasti akan berasa sejuk dan selesa semasa menjalani kehidupan mereka yang aktif dalam berpakaian Bohopanna. Buat ibu bapa yang mementingkan keselesaan anak dalam berpakaian, Bohopanna adalah jenama yang tepat dan sesuai!

Foto: Bohopanna
Bohopanna turut mengeluarkan set pakaian yang sepadan untuk ibu bapa dan anak, seusia daripada 5 hingga 10 tahun. Set pakaian sepadan ini memberikan konsep yang menyeronokkan untuk dipakai bersama keluarga. Bohopanna juga menjadikan pakaian mesra alam mereka boleh diakses di seluruh dunia termasuk Singapura, Sepanyol, Kanada, New York dan Jerman. Berikutan dengan pengembangannya ke pasaran Malaysia, Bohopanna bercita-cita untuk terus memperbesarkan lagi jenama pakaiannya merentasi beberapa pasaran di Asia Tenggara. Mereka menjadi label pertama yang memupuk cinta terhadap alam buat pelanggan-pelanggan kecil mereka. Bohopanna turut mempunyai sasaran untuk keterlihatan sebagai peruncit pilihan pakaian kanak-kanak yang mampu milik dan berkualiti.

Foto: Bohopanna
Pautan Berkaitan: Karl Lagerfeld Bakal Lancar Koleksi Kanak-Kanak
Artikel Berkaitan
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
OiYO Holiday Pals: Koleksi Ceria Baharu Untuk Si Kecil Aktif...
GLAM Junior: Syed Armand Mateen Cahaya Mata Sulung Afifah Na...
5 Hotel Mewah Mesra Kanak-Kanak Terbaik Di Malaysia
5 Tanda Awal Keguguran Patut Ibu Peka
Elak Mual First Trimester: 5 Makanan Wajib Ada Dalam Beg
Koleksi Stitch x Montigo Edisi Terhad Untuk Peminat Filem An...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
