Selebriti Hollywood Yang Bergelar Ibu Pada Usia 40-an - Glam Malaysia
Selebriti Hollywood Yang Bergelar Ibu Pada Usia 40-an

Selebriti Hollywood Yang Bergelar Ibu Pada Usia 40-an

Seiring peredaran zaman, semakin ramai wanita yang memberi keutamaan pada kerjaya berbanding membesarkan keluarga. Begitu juga selebriti A-list ini yang memilih untuk memasuki alam keibuan pada usia 40-an, sama ada melalui kelahiran semula jadi, kaedah ibu tumpang mahupun mengambil anak angkat.

EVA LONGORIA

Pelakon yang terkenal dengan siri Desperates Housewives ini mengumumkan kehamilan pertamanya pada usia 42 tahun. Dia selamat bergelar ibu kepada anak lelaki yang diberi nama Santiago pada Jun 2018. “Santi sememangnya ditakdirkan untuk berada dalam hidup saya pada usia saya sekarang. Saya banyak bertenang, tidak terlalu bekerja keras – walaupun saya kelihatan sibuk. Dia hadir pada waktu yang tepat,” katanya kepada Parents Latina pada 2019.

eva longoria
Foto: Kevin Winter/Getty Images

CAMERON DIAZ

Diaz dan suami, Benji Madden mengumumkan kelahiran anak pertama di Instagram pada Januari 2020. “Selamat Tahun Baru daripada Maddens! Kami sangat teruja dan bersyukur untuk memulakan dekad baharu ini dengan mengumumkan kelahiran anak perempuan kami, Raddix Madden. Keluarga kami kini telah lengkap,” tulisnya. Diaz menambah, walaupun gembira, mereka tidak akan berkongsi maklumat terperinci mahupun foto untuk melindungi privasi Raddix.

cameron diaz
Foto: Dimitrios Kambouris/Getty Images for SiriusXM

LAURA LINNEY

Pelakon The Roads Not Taken ini berusia 49 tahun ketika dia menggemparkan dunia dengan berita kelahiran pada 2014. Linney tidak pernah mengumumkan kehamilannya secara terbuka dan membuat keputusan untuk menunggu sehingga anak lelakinya, Bennett dilahirkan. “Saya bukanlah wanita muda dan terpaksa menunggu sangat lama untuk bergelar ibu. Jadi saya mahu pastikan anak saya dilahirkan dengan sihat dan selamat terlebih dahulu,” ujarnya pada 2016.

Laura Linney
Foto: Joe Scarnici/Getty Images

KRISTEN WIIG

Wiig dilaporkan telah bergelar ibu pada Jun 2020 ketika mengacarakan SNL At Home episod Hari Ibu, di mana dia berterima kasih kepada ibunya kerana telah mempersiapkan dirinya untuk alam keibuan. Menurut People, dia dan tunang, Avi Rothman menimang cahaya mata kembar melalui kaedah ibu tumpang pada Januari tahun lalu. Sewaktu mengacarakan episod Krismas, dia mengesahkan berita tersebut, mengatakan 2020 bukanlah tahun yang teruk buatnya kerana dia selamat menimang anak kembar.

Kristen Wiig shared her difficult journey with IVF.
Foto: Jeff Kravitz/FilmMagic/Getty Images

SANDRA BULLOCK

Kehidupan peribadi pelakon Speed ini sering menjadi perhatian, termasuk apabila membuat keputusan untuk mengambil anak angkat, Loius pada 2010 ketika sedang dalam proses perceraian bersama suami, Jesse James. “Saya meluangkan banyak masa di New Orleans selepas taufan Katrina dan satu hari, daripada hamil anak sendiri, terdetik di hati saya untuk mengambil anak angkat di sana,” ujarnya kepada People. Pada 2015, Bullock mengumumkan dia mengambil seorang lagi anak angkat, Laila yang juga berasal dari Louisiana.

sandra bullock
Foto: Tim P. Whitby/Getty Images

Foto: James White

Baca: Idam Cahaya Mata Kembar, Paris Hilton Jalani Rawatan IVF

POST A COMMENT