Gambar: TPGimages
Kanak-kanak comel ini sering mejadi tumpuan ramai terutamanya paparazzi kerana ibu bapa mereka merupakan selebriti popular di Hollywood. Oleh itu setiap aktiviti dan perkembangan mereka menjadi perhatian umum.
GLAM senaraikan lima anak selebriti popular Hollywood yang turut terkena tempias populariti ibu bapa mereka.

Blue Ivy Carter
Anak kepada pasangan selebriti yang paling digeruni di Hollywood ini dilahirkan pada 7 Januari 2012 di New York. Ibu bapanya, Beyonce dan Jay-Z merupakan antara pasangan selebriti terkaya dan berpengaruh. Mereka bukan sahaja meraih jutaan dolar keuntungan menerusi album dan royalti lagu, malah melakar kejayaan dalam bidang yang diceburi. Ivy merupakan pewaris tunggal kepada kekayaan dan asset yang bernilai jutaan dolar daripada Jay-Z dan Beyonce.

Prince George
Anak sulung dari pasangan diraja Prince William dan Kate Middleton ini bukan sahaja menjadi perhatian dunia malah disayangi oleh rakyat di England. George atau nama penuhnya George Alezander Louis dilahirkan pada 22 Julai 2013. Kebanyakan peminat diraja British menjadikan Prince George sebagai rujukan untuk fesyen kanak-kanak. Prince George juga merupakan pewaris takhta British selepas atuk dan ayahnya.

North West
North West atau nama samarannya Baby KimYe dilahirkan pada 15 Jun 2013. Anak perempuan kepada pasangan kontroversi Kanye West dan Kim Kardashian ini baru sahaja memiliki adik lelaki, Saint West pada Disember tahun lalu. Kim Kardashian meraih pendapatan melebihi 50 juta dolar tahun lalu dan North dan Saint memang dimanjakan dengan kemewahan oleh ibu bapanya.

Suri Cruise
Anak kepada pelakon Tom Cruise dan Katie Holmes ini memang dikenali sebagai kanak-kanak yang paling bergaya dan peramah. Walaupun dilimpahi dengan kemewahan sejak dari kecil, ibunya Katie berusaha mendidik Suri membesar seperti kanak-kanak biasa yang lain. Walaupun kedua orang tuanya sudah berpisah, namun mereka bersama-sama membesarkan Suri. Suri juga turut mempunyai jenama pakaian sendiri sejak 2013 dan diberikan nama ‘Suri’ dan telah mula dipasarkan sekitar New York.

Gambar: Dailymail.co
Flynn Christopher Bloom
Ibu bapanya dikenali sebagai pasngan paling romantis dan kedua-duanya mempunyai rupa paras yang sangat menawan. Pelakon Orlando Bloom dan supermodel Miranda Kerr telah berpisah pada tahun 2013 namun mereka masih lagi berkawan baik demi membesarkan Flynn bersama. Orlando yang kini sedang bercinta bersama Katy Perry turut merestui hubungan baru Miranda bersama pengasas aplikasi Snapchat- Evan Spiegel. Flynn yang lahir pada 11 Januari 2011 sering diganggu oleh paparazzi kerana wajahnya yang comel.
Sumber: Jelita
Artikel Berkaitan
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
OiYO Holiday Pals: Koleksi Ceria Baharu Untuk Si Kecil Aktif...
GLAM Junior: Syed Armand Mateen Cahaya Mata Sulung Afifah Na...
5 Hotel Mewah Mesra Kanak-Kanak Terbaik Di Malaysia
5 Tanda Awal Keguguran Patut Ibu Peka
Elak Mual First Trimester: 5 Makanan Wajib Ada Dalam Beg
Koleksi Stitch x Montigo Edisi Terhad Untuk Peminat Filem An...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Sanggul Sleek Selena Gomez Curi Perhatian Di Perkahwinan Taylor Swift
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
