Longines Memperkenalkan Koleksi “Record” Sempena Ulangtahun Ke-185
Diasaskan oleh Auguste Agassiz pada tahun 1832 di Switzerland Longines bakal menyambut ulangtahun ke-185 mereka tahun ini. Untuk menandakan peristiwa istimewa ini, mereka telah memperkenalkan koleksi terbaru mereka, Record, yakni sebuah koleksi yang menggabungkan elegan klasik dan kecermelangan terunggul sebagai peneraju untuk masa depan jenama ikonik ini.

Buat pertama kalinya untuk Longines, setiap satu ceraian daripada koleksi ini telah diberi pengiktirafan sebagai “chronometer” oleh Swiss Official Chronometer Testing Institute (COSC).
Disebalik profil minimal dan elegan koleksi ini setiap satunya mempunyai spring imbang yang memastikan ayunan yang seimbang dan sekata bagi memastikan kelancaran jam tangan Record ini.

Jam tangan Record juga turut dilengkapi dengan kaliber automatik menjadi sebab utama koleksi ini menerima kelayakan “chronometer” yang turut dipamerkan dalam setiap jam tangan daripada koleksi ini.
Koleksi terbaru ini juga tampil dalam empat saiz yang berbeza (26, 30, 38.5, fan 40 mm) dan sesuai untuk wanita (tujuh dail) dan lelaki (enam dail). Setiap ceraian juga mempunyai tiga tangan berfungsi dengan bingkai besi — dan juga bingkai besi set-berlian pada dua dail untuk wanita — yang dimuatkan dengan gelang besi atau tali jam kulit buaya.
[envira-gallery id=”74834″]
Artikel Berkaitan
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel 2026
GLAM Menjengah Ke Butik Cartier Oleh Cortina Watch
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
