MENGGABUNGKAN UKURAN MASA DENGAN TEKNIK SAVOIR-FAIRE YANG HALUS TERPERINCI, HIMPUNAN ARLOJI ILHAM JAUHARI TERKINI TAMPIL MENDEDAHKAN PAPARAN JAM DAN MINIT SECARA PUITIS. LANTAS, DIBALUTI INTAN PERMATA DALAM MENCERITAKAN BETAPA MEWAHNYA MASA AGAR DIHARGAI MANFAATNYA DAN JANGAN SEKALI SELEWENGKAN KITARAN SETIAP DETIKNYA DALAM MENURUTI PERINCIAN SAAT INI.
PENGARANG ARLOJI & ARAHAN SENI ZUHAIRIE SAHROM REKA GRAFIK AMIRUL ARIFIN GAMBAR PATEK PHILIPPE, BULGARI, PIAGET, CHOPARD, CARTIER, VAN CLEEF & ARPELS

Arloji 5374/300P – Grand Complications garapan Patek Philippe menggabungkan dua komplikasi utamanya yakni Minute Repeater dan Perpetual Calendar yang tampil dalam versi haute joaillerie platinum baharu dengan dail lakuer biru. Berdiameter 42 mm dengan ketebalan 12.28 mm, 5374/300P ditenagai nadi automatik caliber R 27 Q lantas dihiasi dengan sejumlah 228 berlian potongan baguette (11.62 ct) dan 13 batu nilam potongan baguette (0.72 ct).

Arloji ilham jauhari Blooming Beauty – 103681 tampil memeluk keindahan alam dengan paduan konstruksi platinum. Tampil dihiasi intan permata termasuk dari batu zamrud, batu paraiba, batu spinel dalam dua rona yakni merah jambu dan ungu, serta batu turmalin. Jam dikuasakan tenaga kuarza selain kalis air sehingga pada kedalaman 30 meter.
Artikel Berkaitan
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
Pilihan Bacaan Seterusnya
Trend Perkahwinan Yang Jadi Pilihan Pengantin Kini
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
