Cartier Mereka Semula Tank Française: Model Baharu 2023
Cartier Mereka Semula Tank Française: Model Baharu 2023

Cartier Mereka Semula Tank Française: Model Baharu 2023

Mengusulkan ungkapan Je ne sais quoi Perancis yang anggun lagi sulit untuk dideskripsikan dengan kata-kata.

Tank Française, pewaris terunggul buat legasi barisan jam tangan Tank yang disuntik aksen keperibadian Perancis nan abadi.

pengarang gaya hidup ZUHAIRIE SAHROM foto CARTIER

Cartier Mereka Semula Tank Française: Model Baharu 2023

Secara ringkasnya, Tank Française mengungkapkan satu barisan model jam tangan yang sofistikated, polos buat melingkari pergelangan tangan sang maskulin juga para wanita yang serba feminin.

Sambil menyuntik nada klasik bagi mengekalkan keanggunan abadinya lalu diserlahkan dengan kod estetiknya yang tersendiri bagi mengikuti perkembangan zaman. Dilancarkan pada tahun 1996, Cartier Tank Française dijulang sebagai ikon sekalipun Cartier sudah mempamerkan pelbagai model lainnya yang juga terkenal.

Cartier Mereka Semula Tank Française: Model Baharu 2023

Popularitinya turut meningkat tatkala personaliti terkemuka dunia dilihat menggayakannya, daripada Lady Diana sehinggalah Michelle Obama. Januari ini memperlihatkan Cartier mereka semula model Tank Française, menjadikannya lebih moden. Di samping itu, keseluruhan siri ini dilihat dengan penambahbaikan yang mempengaruhi kedua-dua gelang serta dail. Turut mempersembahkan versi saiz besar yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

See also
Gemerlapan Mewah Adi Arlogi Jaeger-LeCoultre

Cartier Mereka Semula Tank Française: Model Baharu 2023

Evolusi Reka Bentuk Saiz Large

Model baharu ini adalah kemuncak dalam pembentangannya. Sehingga kini, Française senantiasa dikaitkan dengan wanita, dengan sisi garis estetiknya yang dianggap lebih lembut dan kurang sesuai dengan apa yang biasanya ditakrifkan bagi menepati cita rasa lelaki. Pun begitu, kedatangan model bersaiz large atau besar ini membuka dunia baharu bagi menghiasi pergelangan tangan kaum lelaki.

Lihat sahaja betapa bergayanya Remi Malek memakai Tank Française ini. Tank sebagai model bersegi empat tepat dan bukan berbentuk bulat, mesti diukur dalam kepanjangan serta kelebarannya. Model large Tank Française baharu ini berukuran 37x31mm, 6mm lebih panjang dan 4mm lebih lebar daripada model asal sederhananya.

Versi Tank Française terdahulu di sebelah kiri dan tampil dengan crown juga paparan laman dail yang berbeza bagi model tahun 2023.

Bagi memahami secara mendalam mengenai penambahbaikan yang telah dibuat, anda perlu membandingkan purata model: model dalam pengeluaran sebelum 2023 dan model hari ini. Bermula dari dail, paparan indeks masanya telah diubah, daripada hitam kepada perak. Kemudian permukaan mukanya juga berubah daripada opaline kepada perak.

Hanya berpunya dua saiz Cartier mengekalkan saiz kecil dan sederhana buat versi emas kuningnya.

Gelangnya turut direka semula dengan pautan akhir yang disepadukan kepada rangka sambil tampil di gilap dengan kemasan satin. Crown-nya pula disepadukan ke dalam case, di mana versi terdahulunya ditawarkan terkeluar dari rangka jamnya. Model dalam emas merah, juga kombinasi keluli dan emas kuning kekal tidak berubah. Begitu juga model dalam keluli atau emas kuning yang diperincinkan dengan butiran berlian.

See also
Clash De Cartier Studio Singgah di Singapura

Pautan berkaitan: Pertembungan Panthère de Cartier nan Liar