Percutian Intim bersama Secret Retreats

Percutian Intim bersama Secret Retreats

Jemu dihambat kesibukan aktiviti kota? Apa kata berhenti sejenak, hilangkan segala lelah dan kekusutan di jiwa di perlarian rahsia, Secret Retreats. Secret Retreats bersifat terpencil, intim dan eksklusif – menghubungkan manusia dengan seribu satu rasa yang sudah lama diabaikan termasuklah budi bicara, adat, budaya, seni, sejarah, gastronomi dan semangat turun-temurun.

 

Mula membuka pintunya kepada awam September tahun lalu, sehingga hari ini Secret Retreats berjaya menakluki 37 koleksi hartanah milik individu persendirian di seluruh pelusuk Asia.

 

Koleksi Secret Retreats menggabungkan kepelbagaian ciri semulajadi samaada terletak di landskap indah, pergunungan Himalaya mahupun persisiran pantai Filipina. Menerusi Secret Retreats pengembara boleh meneroka landskap asli kuil-kuil di Angkor Wat, mendaki ribuan anak tangga di Tembok Besar Cina atau menikmati kehalusan air tangan orang Jepun.

 

Secret Retreats dibangunkan oleh empat orang Barat berjiwa nusantara yakni Bruno Ferret (Perancis), Federico Asaro (Itali), Stéphane Junca (Perancis), dan Elizabeth Soriano (Amerika Syarikat).

See also
Elemen - Rekaan Tekstur Semula Jadi

 

5 Koleksi Secret Retreats Pilihan GLAM Deko

 slide-jeeva-beloam-2

Jeeva Beloam Beach Camp – Lombok

 

Terletak di teluk terpencil di bahagian selatan pulau, di atas tanah seluas 55 hektar, Jeeva Beloam memiliki lima Sasak brugas atau rumah kecil. Setiap beruga dilengkapi teres luas bertutup dengan katil siang besar dan kawasan tempat duduk mengadap pantai pasir memutih. Jeeva Beloam mengaplikasikan tenaga solar dan aliran air kitar semula menerusi kolam rawatan air bawah tanah untuk air hujan dan air laut.

 secret-retreats-rakkojae-hahoe-main-overview-02

Rak Ko Jae – Seoul, Korea

 

Dikelilingi gunung-ganang dan sungai berliku, Rak Ko Jae adalah syurga kedamaian dan ketenangan. Berada di tapak warisan UNESCO, perkampungan Hahao, anda boleh memilih di antara empat chogas atau rumah pondok tradisional serba eksklusif dan mewah untuk menginap. Jangan lupa nikmati sauna lumpur kuning kala bersenggang santai.

 

661726-rachamankha-hotel-chiang-mai-thailand

Rachamanka – Chiang Mai, Thailand

 

Memiliki 22 bilik dan dua suite penginapan, Rachamanka berada di tengah-tengah nadi Chiang Mai. Membawa masuk keindahan flora dan fauna berbalas kegemilangan warna-warni kehidupan sejagat, setiap kamar penginapan menceritakan kisah artistik mengenai salasilah keluarga pemilik.

See also
Meraikan Planet OMEGA Bersama Cindy Crawford Dan Kaia Gerber

 

bali-villamathis-16

Villa Mathis – Umalas, Bali

 

Berkonsepkan privasi dan unik untuk didiami, lima vila individu membentuk Villa Mathis dengan 18 bilik penginapan bagi memenuhi tempahan tunggal dan lain-lain. Setiap bilik dihias sama sekali berbeza namun dilengkapi katil tiang empat, tab mandi mewah, dan semestinya paduan jitu dekorasi moden dan tradisional. Villa Mathis tercipta buat sekalian yang mahu lari dari aktiviti malam penuh kesibukan dan padat di pekan komersil, Kuta dan Seminyak.

 

photos_8747_369679

Japamala Resort and Spa – Pulau Tioman.

 

Dibina di tengah-tengah hutan hujan tropika, Pulau Tioman, Japamala Resort and Spa dilengkapi kolam renang luar, dua restoran dan bar, dan penginapan berteres bernadi elegan organik. Bahagian dalam setiap suite dan vila dibina berasaskan bahan kayu padu kitar semula. Tetamu boleh bermesra dengan hidupan air samaada memancing, snorkel atau menyelam sama seperti orang pulau.  Restoran Tamarind Tioman menyajikan hidangan Indo Cina dan Thailand manakala kepakaran menu Barat ditawarkan di Restoran Mandi-Mandi. Japamala Resorts and Spa hanya 20 minit perjalanan bot dari Lapangan Terbang Tioman.

See also
GLAM Deko Trend - Kelengkapan Dapur Berkemasan Pusam

 

Maklumat lanjut mengenai seluruh koleksi Secret Retreats di www.secret-retreats.com/en/