Netflix and Clean - Glam Malaysia

Netflix and Clean

Pengumuman tentang penambahan masa kuarantin Covid-19 menjanjikan anda lebih masa di rumah. Sudah tentu ramai yang mula merasa bosan dengan rutin harian yang sama, berulang kali. Tinggalkan dunia pekerjaan seketika dan luangkan masa menonton siri TV online yang berfokus kepada pengisian maklumat yang lebih kreatif. Rancangan tentang seni bina atau reka bentuk kini tidak sahaja berunsurkan kreativiti semata-mata, malah turut bermain dengan emosi, memberi semangat dan idea tentang estetik masing-masing. Glam menghimpunkan siri online streaming tentang reka bentuk dengan perincian berkaitan dengan seni secara amnya. Juga sebagai pencetus idea untuk anda mula mengubah suai, menghias, atau membuat spring cleaning di dalam rumah kerana secara logiknya,inilah masa paling ideal untuk Netflix and Clean, dan mula menjadi lebih kreatif! 

 

Restaurants On The Edge

Restaurants On The Edge menampilkan tiga pengacara dengan kepakaran tentang makanan, reka bentuk, dan ilmu penjenamaan semula. Mereka melakukan perjalanan ke serata dunia untuk mencuba makanan, hiasan, penjenamaan, dan reka bentuk perniagaan yang hampir-hampir gagal, walaupun lokasi-lokasi tersebut terletak di antara kawasan paling indah di dunia.

See also
Elemen - Trend Rimba Daun

 

Abstract: The Art Of Design

Penerangan secara mendalam tentang cara terbaik mengenal pasti kepentingan sesuatu reka bentuk – terhadap pemikiran inovatif zaman ini. Juga menerokai falsafah yang diterima pakai oleh perintis reka bentuk ikonik seperti artis pemasangan Olafur Eliasson, pereka pakaian Ruth E. Carter, dan arkitek Neri Oxman. 

 

Interior Design Masters

Membawakan 10 interior designers dari United Kingdom, dalam menyahut cabaran untuk meninjau semula pelbagai kategori daripada ruangan kedai kopi, ruang tamu, pejabat, dan sebagainya. Pereka interior yang mampu memukau juri dengan rekaan mereka akan dianugerahkan kontrak untuk mengubah suai bar lobi sebuah hotel terkenal di London.

 

Amazing Interiors

Siri ini adalah mengenai pemilik rumah yang menunjukkan cara-cara unik dan eksotik untuk menghias rumah, di samping mencerminkan kepentingan dan gaya dalam hidup mereka. Banyak inspirasi dan fantasi yang boleh anda saksikan, contohnya dari seorang pesara dengan akuarium yang bersaiz besar dipasang di ruang tamunya untuk berskuba, sehingga ke sebuah pangsapuri yang diilhamkan oleh rekaan origami dengan dinding yang bergerak.

See also
Ruang - Idea Oasis Peribadi Kediaman

 

Tiny House Nation

Tiny House Nation, menyumbat penuh pengisian tentang trend ruangan kecil dan barang keperluan yang praktikal. Trend ini menjadi kegemaran ramai dan siri ini sedikit sebanyak dapat membantu anda melakukan  beberapa pengurangan utama dan memikirkan semula tentang ruang yang ada dan barangan yang diperlukan. 

 

Stay Here

Pereka interior Genevieve dan pakar hartanah Peter Lorimer, bergabung dalam siri Stay Here untuk membantu pemilik rumah biasa mengubah kediaman mereka untuk disewakan daam jangka masa pendek. Pengubahsuaian secara 360 ini dilakukan untuk menggambarkan semula rekaan rumah, hiasan, dan bagaimana rumah ini dipasarkan. From redecorating to making profit! 

 

The World’s Most Extraordinary House

You heard it right, most extraordinary. Menggabungkan keseronokan estetik seni bina indah dengan dekaden perjalanan dunia, siri ini membawa anda melawat pelbagai jenis kediaman di tempat-tempat eksotik (dan sangat jauh) seluruh dunia. Daripada Norway, India, mahupun ke Portugal, anda akan dihidangkan dengan pelbagai ragam seni bina yang hebat.

See also
Netflix Terokai Perjalanan Hidup Naomi Osaka Dalam Siri Dokumentari

 

Blown Away

Siri ini lebih fokus kepada seni adunan arca yang dihasilkan daripada kaca. Persaingan dalam siri memerlukan kepakaran yang hebat, dalam menghadapi cabaran dan mengikut ketepatan masa untuk menguji had kemampuan mereka untuk menghasilkan arca yang indah dan unik walaupun dengan kepanasan haba yang melampau. 

 

The Great Interior Design Challenge

Dengan 24 wannabe interior designers, siri ini membawakan pertandingan dengan cabaran sengit untuk membuat transformasi seluruh bilik, juga memperlihatkan kreativiti menerusi pandangan mata mereka terhadap kesemua ruangan yang berlainan, termasuk rumah eko dan victorian style. 

 

Cabins In The Wild

Menerusi siri Cabins In The Wild, anda dapat pelajari lebih lanjut mengenai lapan struktur unik yang berbeza, termasuk model kokpit pesawat udara dan kabin lain yang dibina pada treehouse – sebelum rekaan diusahakan pada rumah sendiri. Ikuti keparan gabungan craftsman Will Hardie dan jurutera Dick Strawbridge, dengan setiap rekaan cabin dan penceritaannya.