GLAM Expose: Berhijab Hanya Sekadar Mengikut Trend. Sahsiah Diri Dan Imej Berpakaian Ditolak Tepi - Glam Malaysia

GLAM Expose: Berhijab Hanya Sekadar Mengikut Trend. Sahsiah Diri Dan Imej Berpakaian Ditolak Tepi

expose mac

Gambar: Arkib GLAM


 
Teks: Azza Farhana
 
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai wanita Melayu yang mulai berhijab. Malah ia sudah menjadi satu fenomena di era ini. Bertudung adalah salah satu tuntutan agama berpakaian mengikut syariat Islam. Satu penghijrahan ke arah suatu yang lebih positif dan lebih baik. Siapa sangka usahawan tudung di Malaysia bisa menjadi jutawan gara-gara permintaan yang terlalu tinggi daripada pelanggan. Mari kita sama-sama imbas kembali jenama-jenama tudung yang suatu masa pernah menjadi must have oleh semua wanita bertudung di Malaysia. Tudung Wardina, tudung Waheeda, tudung Siti, tudung Ariani dan banyak lagi. Tudung Fareeda pula punya penangan sejak awal pagi lagi ramai yang sudah berbaris panjang untuk membeli. Tak kurang juga tudung Naelofar begitu laris daripada segenap lapisan umur dan mendapat sambutan hingga ke negara-negara jiran.
 
Setiap kali berjalan-jalan di mall saya sering mencuri pandang sekumpulan wanita yang berhijab. Masing-masing cantik dan bergaya. Seluar palazzo dipadankan dengan top kemeja polos. Selendangnya pula dibelit dengan teknik yang bermacam gaya. Rona pastel mendominasi keseluruhan look. Bijak mereka menata gaya dengan sopan. Many women who wear hijabs embrace what they wear while complementing their looks with the latest trends. Pendapat peribadi saya tiada yang salah jika bergaya cumanya imej yang di bawa mestilah sopan pada pandangan umum.
 
Tak kurang juga kadang-kadang pandangan saya terganggu dengan imej bertudung yang saya sendiri tidak tahu apa gaya yang cuba disampaikan. Boyfriend jeans koyak-rabak dipadankan dengan baby-t dan kepalanya di tutup jilbab. Satu, saya terganggu dengan melihat kulit di bahagian pehanya hingga ke lutut dan keduanya saya keliru mengapa dia bertudung dan mengenakan seluar koyak rabak sedemikian. This is very disturbing. The concept of wearing the hijab is more than just about covering the hair. Tetapi siapalah saya untuk menghukum. It’s just my two cents.
 
Kerana kerakusan berfesyen, saya kurang setuju apabila ada fashionista yang berhijab mengenakan helaian yang tidak cocok dengan imej wanita bertudung. Kadang-kadang ia dilihat tidak manis. Ia umpama mencabuli imej wanita Islam. Tetapi sebaik saya duduk berbual dengan pengasas Fashion Valet dan juga blogger popular, Vivy Yusof saya mula mengerti sedikit demi sedikit mengenai pengertian berhijab. Vivy menghujahkan bagi pihaknya. “Komen saya kepada yang bertudung semata-mata kerana fesyen ialah Alhamdulillah. Kenapa saya kata begitu? We are too quick to judge people’s intention but think of it this way: whatever brings her even one step closer to hijab, kita sepatutnya bersyukur. Even for me, I’m deeply rooted in my job in the fashion industry. As much as I’m trying my best to adhere to hijab, I still have my struggles to do so. Pengalaman peribadi saya sendiri sewaktu masih baru-baru bertudung, saya pakai leggings walaupun kepala dililit tudung. Lama-lama saya sendiri berasa janggal dan perlahan-lahan saya berubah kepada pilihan pakaian yang lebih sopan. It will come naturally if we make doa. Insya-Allah.”
 
Gaya hidup wanita moden bertudung atau lebih trendy jika disebut hijabista kadang-kadang bisa mengundang fitnah pada mata-mata yang memandang. Nama pun kita ini manusia biasa jadi terkadang itu berkata-kata juga saya di dalam hati apabila mereka yang berhijab ini mencalar nama Islam dengan perilaku yang liar. Dengan hanya berhijab sahaja tidak cukup malah kita harus turut hijabkan hati dan akhlak. Apabila saya terpanggil untuk mengupas isu bertudung ini, 1001 kisah yang diceritakan kepada saya. Bukanlah niat saya untuk menjadi fashion police. Tetapi sekadar berkongsi kisah yang boleh dijadikan teladan pada kita semua.
 
Hijab Dan Akhlak

See also
Kristen Stewart Mencari Semangat Gabrielle Chanel Di Sebuah Gudang Terbiar

Kisah mak Datin yang sorang ini, dirinya memang dikenali dengan tudung kepalanya yang mewah. Tak class lah kalau sekadar beli tudung jenama local manakala baju, kasut dan tas tangannya berjenama. Datin ini mesti pastikan nilai tudungnya ribu-ribuan juga to match with her overall look. Paling tidak tahan jenama yang paling dia suka adalah Hermes. Asalkan tutup kepala, gambar kuda-kuda di kepala bukanlah satu isu baginya. Puas kakaknya menegur Datin tetapi tidak diendahkannya malah dijawabnya, “Kalau tidak mampu bertudung mahal macam aku mengaku sajalah. Tak payah nak ceramah hukum hakam.”
 
Saya diceritakan oleh seorang teman mengenai beberapa selebriti Malaysia yang berhijab hanya semata-mata mahu followers di akaun Instagram mereka cecah ratusan ribu. Mahu jadi instant famous. Bila ada sesi fotografi, senang-senang saja dia buka tudung untuk jurusolek (lelaki) merias wajahnya. Lebih teruk satu selebriti yang kononnya warak ini yang pernah sesekali berpurdah hadir ke majlis ini hanya berpura-pura dengan imejnya. Dia pernah dengan selamba strip off hingga tinggal baju dalam depan make up artist dan hairstylist lelaki. Semua yang ada terkedu dengan perangai selamba selebriti yang kononnya ‘alim’ di media sosial. Satu lagi cerita mengenai penyanyi yang satu ini. Penghijrahannya diterima baik oleh peminat-peminatnya. Tetapi perlukah dia terkinja-kinja lagi di atas pentas untuk menghiburkan peminat? Menyanyi sajalah tak payahlah melompat-lompat dengan tarian lincah. Bukan apa ia nampak tidak manis. Teringat saya pada adegan wanita bertudung ini, dalam lakonan itu watak suaminya itu mendukungnya. Aduh!
 
Sosialit tinggi lampai ini memang selalu diburu untuk menghiasi ruangan majalah fesyen. Dia memang terkenal dengan gayanya. Dengar cerita sebaik balik daripada umrah setahun lepas dia terus bertudung. Ingatkan betul-betul mahu berubah. Yang peliknya dia masih duduk sebumbung dengan kekasihnya. Kalau sudah satu rumah satu bilik faham-faham sajalah. Baginya bertudung itu umpama salah satu aksesorinya. Semoga dia diberi hidayah dan segera bernikah dengan kekasihnya.
 
Semua tahu wanita 40-an ini sangat popular dikalangan high society. Kehidupan mewahnya memang tidak disangkal lagi dengan melihat koleksi Birkinnya yang beraneka warna. Orangnya baik, tapi this lady will never wear something loose. The tighter the dress the better walaupun empunya diri berhijab. Majlis hari jadinya yang ke-40 di sambut besar-besaran di hotel terkemuka Kuala Lumpur. Apa yang menjadi bualan gosip hadirin malam itu adalah apabila wanita ini memakai latex dress rona nude yang ditempah khas dengan pereka fesyen ternama. Ya Tuhan segala lekuk tubuhnya menjadi tontonan seperti sudah boleh dibayang tubuhnya tanpa seurat benang. Bayangkahlah bentuk pusatnya jelas nampak!
 
Satu lagi adalah kisah bekas isteri menteri yang satu ini. Kalau berhujah, mesti dia akan selitkan mengenai agama. She act holy almaklum lagi-lagi dia bertudung. Tetapi itu semua hanyalah untuk lakonan di hadapan masyarakat sahaja. Dia itu perokok tegar, chain smoker. Satu hari tiga kotak dibalunnya. Bukan itu saja isteri ahli politik ini pun kuat memaki hamun dengan perkataan kesat. Dia langsung tidak seperti apa yang disuap di kaca televisyen. Sekiranya kepala sudah cantik bertutup litup tetapi diri ketagih merokok dan ringan melemparkan kata-kata kesat segala-galanya sudah bertukar hodoh. Ya ada benar juga kata Mizz Nina pada saya kalau sudah berpuluh tahun merokok tidak mudah untuk individu itu berhenti. Cuma lebih cantik jika dia perlahan-lahan cuba mengurangi ketagihannya. Forty sticks in a day is just crazy!
 
Melihat gambar-gambar Datin ini di Instagram boleh buat saya tak kering gusi. Tahu kenapa? Trademark Datin ini ialah memakai selendang dengan ada bonggol yang teramat besar di kepala. Bukan sikit-sikit punya besar. Sungguh saya kata seperti ada periuk di atas kepalanya. Eyelinernya pula persis Amy Winehouse. Kata teman-temannya dia simpan bonggol unta di dalam kerudungnya. Pergerakannya terbatas lebih-lebih lagi untuk menoleh ke kiri dan ke kanan. Mungkin dia takut bonggol untanya jatuh!
 
Seorang bekas pramugari meluahkan perasaan hati apabila dia bertudung kerana paksaan. Hidupnya seperti penjara kerana dia masih mahu menayangkan rambutnya pada khalayak dengan trend potongan dan warna terkini. “I wear hijab because my hubby asked me to do so. Truthfully I don’t practise Islam.” Ini semua kerana keluarga suami yang warak. Jadi untuk mengambil hati keluarganya wanita ini harus berlakon alim dengan berhijab. Jadi anak-anak perempuannya semua bertudung tetapi tidak sembahyang. Lebih sedih suaminya tidak kisah pun anak-beranak tidak sembahyang asalkan isterinya bertudung.
 
Apa yang boleh saya simpulkan isu ini untuk menceritakan apa yang sebenarnya terjadi disebalik lilitan tudung segelintir pihak. Dan mereka ini adalah orang-orang yang berpengaruh juga ramai pengikut di Instagram. Ramai yang jadikan mereka ikon dalam berfesyen. Sedikit sebanyak imej yang dijaja tidak memberi cerminan wanita Muslimah yang sebenar. Mungkin mereka sendiri masih keliru dan tercari-cari indentiti pakaian yang benar-benar sesuai dengan mereka. Saya percaya anda masih boleh berfesyen dengan menutupi aurat sepenuhnya.  Don’t you think wearing something loose and flowing is fashionable?