GLAM Deko Kediaman – Kondominium Metropolitan
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)
Dikepung pembangunan hutan konkrit metropolitan, langsung tidak menghalang pereka, Montaz Mahmood melestarikan syurga mahligai, The Power Couple; Ariff Riza Abdullah bersama isteri tercinta, Tengku Adrinna Shahaz, di puncak angkasa raya.
Mengambil masa hampir enam bulan untuk disudahkan, kediaman ini tidak melewati sebarang ubah suai mendadak; hanya membentuk pertambahan sistem unit penyimpanan, perpustakaan dan ruang pejabat sang arjuna.
Bernatar putih susu, pemilihan perabot – perabot dempak custom made dalam nada bumi semulajadi berjaya memecah sukma di segenap kamar tamu utama. Pengasas dan Pengarah Kreatif Kokomo Interiors, Montaz Mahmood mengatakan pada mulanya Adrinna menginginkan kediaman serba putih.
“Tapi saya jelaskan ianya tidak praktikal memandangkan kalian menghuni bersama putera comel berusia tiga tahun. Setiap penyatuan di sini, saya persembahkan bertepatan keluasan ruang sedia ada, reka pelan, gaya hidup, dan bajet pemilik."
Kebanyakkan perabot yang ada dibikin sendiri oleh Kokomo Interiors demi menjaga nilai eksklusiviti dan memenuhi citarasa seisi penghuni. Padanan sofa dua tempat duduk dibaluti fabrik baldu ditemani beberapa lagi ajnas reka bentuk kerusi dan bangku individu rona sama; membentuk kamar tamu konvensional bergaya tapi masih child friendly. Adunan kusyen empat segi polos rona pop hangat dan signature huruf pangkal nama pasangan muda ini ditempah eksklusif membangkit seri segenap ruang.
Melangkah ke ruang makan, meja makan industrial bahan kayu padu berserat adalah satu lagi item pilihan peribadi tuan rumah.
“Saya gemarkan gaya industrial. Sebaik melihat meja makan ini di ruang pamer di Bangsar, saya terus menghubungi Montaz bertanyakan pendapat dan tidak sangka pula dia menyuai padankan bersama lapan unit kerusi berbeza reka bentuk hasil rekaannya lantas menjelmakan impak industrial moden,” cerita Adrinna.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany & Co.
Jun 10, 2026
Apa Wangian Signature Selebriti Kegemaran Anda?
Jun 09, 2026
Gaya Slay Dan Selesa Dengan Chunky Loafers & Mary Janes
Jun 09, 2026
Tampilan Busana Ariana Grande Di Jelajah Konsert Eternal Sunshine
Jun 09, 2026
Dialog Cantik: Berbakti Bersama Alam – OLUMES & MOOM Health
Jun 08, 2026
Dialog Cantik: Nazurah Husna, Haneesya Hanee & Nalisa Alia Amin
Jun 08, 2026
Ekspresi Kreatif Pangrok Sulap Bersama Rip Curl Malaysia
Jun 08, 2026

