GLAM Deko Kediaman – Inspirasi Timur Tengah
Gambar : Muzammil (One Digital Solution)
Dibina di atas tanah seluas 12, 000 kaki persegi, banglo berbentuk "U" ini mengambil masa hampir tiga tahun untuk disiapkan. Pemilik memilih untuk bekerjasama dengan firma arkitek, Bareatas Sdn Bhd bagi mencipta mahligai serba mewah dalam paksi seni bina Moroccan yang diimpikan pemilik selama ini.
Keseluruhan gaya dan konsep kediaman ditentukan oleh sang suami, yang mana termasuk pencahayaan, pemilihan permaidani dan lukisan yang melengkapkan penataan ruang. Sang isteri, Zura lebih kepada reka letak dan pemilihan perabot.
Kata Zura, "Pilihan pengcahayaan kebanyakkannya diperoleh di Turki disebabkan suami mempunyai hubungan perniagaan di sana. Untuk koleksi permaidani pula, kami sudah mula mengumpul sejak menginap di rumah lama yang mana kesemuanya buatan tangan dari Pakistan dan Parsi."
Malah, Zura turut menjadikan overstock.com sebagai laman utama membeli-belah barangan dekorasi secara online yang dianggap berbaloi seiring kualiti yang tidak menghampakan.
Konsep kediaman yang unik dengan rekaan arch mendominasi foyer bahagian atas kediaman, pemilik memberi lebih penumpuan pada struktur seni bina dan hiasan dalaman kediaman ini.
"Rumah ini direka berbentuk horizontal (melintang) dengan binaan gerbang di sepanjang foyer di tingkat atas. Bahagian atas menempatkan kamar tidur. ruang hiburan keluarga, ruang belajar, playroom untuk anak-anak dan bilik stor," bicara Zura yang memiliki tiga cahaya mata.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany & Co.
Jun 10, 2026
Apa Wangian Signature Selebriti Kegemaran Anda?
Jun 09, 2026
Gaya Slay Dan Selesa Dengan Chunky Loafers & Mary Janes
Jun 09, 2026
Tampilan Busana Ariana Grande Di Jelajah Konsert Eternal Sunshine
Jun 09, 2026
Dialog Cantik: Berbakti Bersama Alam – OLUMES & MOOM Health
Jun 08, 2026
Dialog Cantik: Nazurah Husna, Haneesya Hanee & Nalisa Alia Amin
Jun 08, 2026
Ekspresi Kreatif Pangrok Sulap Bersama Rip Curl Malaysia
Jun 08, 2026

