
Rangkaian Coklat Praline oleh Armani/Dolci untuk Ramadan ini.
Ramadan membuka ruang pada banyak jenama untuk menghasilkan koleksi khas untuk memenuhi kehendak pasaran dan tuntutan pelanggan. Baik dari jenama tempatan mahupun antarabangsa, edisi khas ini direka khusus untuk mereka gunakan pada musim Ramadan mahupun sebagai persediaan Lebaran yang bakal menjelang.
Terbaru, Armani/Dolci yang merupakan ‘keluarga’ buat jenama Giorgio Armani memperkenalkan seleksi manisan berasaskan coklat yang direka khas buat peminat manisan. Lumrahnya saat berbuka sememangnya kita mahukan sesuatu sebagai pemanis mulut. Tidak hanya enak untuk dinikmati sendiri, set coklat praline ini turut praktikal dijadikan buah tangan untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Direka khas dengan menggabungkan cita rasa rempah ratus yang terkenal di bumi timur tengah, kamu tidak perlu khuatir kerana campuran khas untuk edisi ini tidak mengandungi alkohol. Hadir dalam set 16 dan 36 butir praline dalam kotak yang bergaya ia dibaluti beg sarung satin yang menyerlahkan lagi gaya mewahnya. Berkunjunglah ke ruang pamer Armani/Casa yang terletak di Starhill untuk membuat pilihanmu. Layari www.armanidolci.com jika kamu tidak berkesempatan hadir ke ruang pamernya. Pilihan ini turut menemui pengemar coklat di butik antarabangsa di bandar Kuwait, rangkaian Hotel Armani, Dubai dan Milan juga di Menara Armani/Ginza, Tokyo.

Set yang menampilkan 16 butir coklat praline pelbagai perisa.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
