Muncul dalam industri reka bentuk menerusi karya-karya permaidani yang memecah langsung dimensi sedia ada, Omar Khan membawa potensi rekaan permaidani moden luar biasa.
Graduan dari Sekolah Reka Bentuk Parson di NYU dengan Ijazah dalam bidang animasi, Omar Khan mempersembahkan koleksi permaidani terbaru Grey Matters. Grey Matters adalah hasil kolaborasi Omar Khan Loom dan Artèfloor. #omarkhanloomxartefloor

Terdapat 8 rekaan permaidani untuk koleksi ini, Omar Khan meraikan pesona dan karakter anak-anak saudara tercinta pada setiap kepingan permaidani yang dicetak menggunakan benang Aurora. Benang Aurora, material inovasi baru yang diperbuat daripada 100 peratus serat sutera seni yang diputar menjadi benang tunggal.
Setiap satu permaidani berukuran 2.4m x 1.7m and 3m x 2m tercipta dalam 4 asas monokromatik hitam, putih dan kelabu. Gentian serat Aurora yang digunakan menjadikan tenunan permaidani ini berkilat dan sejuk pada sentuhan malah sesuai dalam keadaan lembap yakni iklim panas lembap Malaysia. Omar Khan bereksperimen corak geometri, abstrak dan floral cerminan gaya hidup moden dalam koleksi Grey Matters ini.
Lihat dan sentuh sendiri hamparan permaidani serba mewah ini di Artefloor, Aras 2, The Gardens Mall.
Slide untuk lihat gambar.

Omar Khan Loom x Artèfloor : Hamparan permaidani Jayden.
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “Aging Beau...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & Tradisi
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keasli...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Hartanah
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
