Bold Hues, Trend Hiasan Dalaman Pilihan Tahun 2023
Dekati trend hiasan dalaman pilihan tahun 2023 yang cukup ideal dan menjadi kegemaran pemilik rumah generasi hari ini. Mungkin anda yang buntu boleh mencedok inspirasi daripada gaya pilihan GLAM ini!
Semakin hari, semakin banyak idea-idea baru dalam menghias ruang rumah melintasi ruang timeline media sosial kami. Semestinya trend hiasan dalaman ini sering berkembang dengan laju dan sering berubah-ubah seiring dengan masa dan era ketika itu. Juga dapat kita lihat, semakin banyak pempengaruh digital generasi hari ini yang juga merupakan pereka hiasan dalaman semakin dikenali dan diikuti hari ini.
Namun soal gaya dekorasi ini ternyata sebenarnya amat personal dan lebih berpandu kepada estetika juga ‘taste’ si penghias mengikut gaya masing-masing. Ada yang sukakan gaya kontemporari, Scandinavian, arkitektur moden, industrial, minimalis dan pelbagai lagi.
Namun, hari ini, satu trend hiasan dalaman yang semakin popular dan mendapat perhatian anak muda hari ini, ialah gaya dekorasi yang punya suntikan rona terang atau bold hues. Malah dikatakan menjadi trend dekorasi paling diminati tahun 2023. Bukan itu sahaja, desain dan konsep ini adalah antara yang menjadi pilihan pempengaruh digital moden hari ini.
Selamat tinggal kepada hiasan rona-rona kosong, tahun ini ramai yang menginginkan suntikan personaliti dan tenaga pada ruang rumah mereka.
3 Cara Membawa Konsep Bold Hues, Trend Hisan Dalaman 2023 Ke Rumah Anda
Kami tahu, untuk menyuntik rona-rona terang dan meriah sememangnya ‘menakutkan’ kerana jika salah kombinasinya, rumah akan kelihatan serabut dan kacau-bilau keindahannya. Namun, saranan kami adalah untuk mulakan dengan meletakkan ‘aksesori’ warna ini sedikit demi sedikit. Melalui itu, anda tahu bagaimana hendak menyeimbangi ruang dekorasi rumah anda.
#1 Fokus pada ruang lantai
Lantai rumah semestinya akan hadir dalam rona asas, baik putih marmar atau berkayu. Padankan ruang lantai anda dengan karpet yang kaya dengan rona. Biarkan ruang anda turut tampak berseri daripada bahagian bawah. Main dengan karpet yang juga memiliki tekstur serta bentuk yang pelbagai dan tempatkan ia di ruang sofa anda.

Gambar: Pinterest
#2 Pastikan rona cat dinding tidak keterlaluan
Untuk menghasilkan konsep trend hiasan dalaman bold hues pada ruang rumah anda, kami sarankan untuk elak bermain dengan warna meriah pada cat dinding. Lebih elok, dibiarkan pada warna-warna neutral seperti putih, off-white, beige. Ini bagi menaikkan lagi seri hiasan rumah anda yang bakal menempatkan aksesori penuh warna-warni.

Gambar: Pinterest
#3 Teknik trend hiasan dalaman: Color Blocking
Cuba suai padan perabot rumah anda dengan mainan rona-rona terang. Color blocking ini adalah merupakan sebuah teknik di mana anda memadukan dua kumpulan rona yang menyerlah. Sebagai contoh, anda padankan aksesori perabot rona jingga bersama biru pada ruang tamu anda. Ia tampak serabut, namun sebenarnya ia memberikan hasil hiasan dalaman yang dinamik dan cukup memukau pada mata yang memandang. Teruskan bereksperimen dengan rumah anda untuk mencapai trend hiasan dalaman paling diminati tahun 2023 ini!

Gambar: Pinterest
5 Pempengaruh Digital Pereka Hiasan Dalaman Perlu Ada Follow Tahun 2023
#1 Loi Doan @kaerukeki
#2 Karina x Lucie @our92sqm

#3 Adam Spychala @didyouseeadam
#4 Wiola Marut @rapsodia_w
#5 Mariàn @___mrdna

Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Mengintai Kehalusan Gaun Perkahwinan Chanel Dua Lipa
Datin X: Datin Cari Model Sebagai Pemuas Nafsu
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Keanggunan Eksotik ‘Toucan Paradise Bird’ Oleh Tiffany &...
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
