Spaghetti Lobster Enak Musim Perayaan - Glam Malaysia

Spaghetti Lobster Enak Musim Perayaan

Mencari restoran menyajikan menu paling enak lagi istimewa. Mungkin membawa kumpulan teman, ahli keluarga atau insan teristimewa. Hujung tahun merupakan saat terindah menyambut tahun baru dan hari Natal.

 

Memang sukar mendapat rasa sajian asli Spaghetti Lobster yang persis dinikmati di negara asalnya Itali. Menurut rakan kongsi Pince and Pints Kuala Lumpur, Dato’ Hafez Mohamed, dia menemui jawapannya ketika berkunjung ke Capri dan masuk ke dapur chef di sana untuk mendapatkan rahsia asli.

 

“Memang mudah kelihatannya namun saya mendapati aturan memasukkan bahan juga penting dan memberi efek pada rasa,” ujarnya.

 

Hidangan romantis ini paling enak seumpama membawa anda singah di kepulauan yang terletak di Itali. Pastinya anda jangan lepaskan peluang menikmati menu yang hanya ada pada bermula Disember ini. Jangan lupa singgah di Pince and Pints Kuala Lumpur.

POST A COMMENT