Kembara Rising East Bersama Japan Airlines
SEBUT SAHAJA JEPUN, PASTI RAMAI YANG TERUJA. MASAKAN TIDAK JIKA NEGARA YANG TERKENAL DENGAN JOLOKAN MATAHARI TERBIT INI TIDAK PERNAH PUTUS MENAWARKAN 1001 KEGEMBIRAAN KEPADA PENDUDUK LOKAL MAHUPUN PELANCONG.

Oleh : Yusairi Fitri
Gambar: Japan Airlines
Baik dari segi nilai sejarah, budaya, gastronomi dan juga iklim yang menakjubkan. Berbicara mengenai idea melancong ke Jepun, ada kejutan terbaru menanti anda. JAPAN AIRLINES (JAL), yang baru-baru ini diperakui sebagai syarikat penerbangan lima bintang oleh Skytrax untuk perkhidmatan yang berkualiti, kerusi dalam pemenang anugerah, serta perkhidmatan dengan sentuhan layanan Jepun, telah melancarkan kempen iklan serantau yang baru, ‘Discover Your Color’ sebagai salah satu tarikan dunia pelancongan di Jepun. Dari merah jambu musim Sakura yang bertenaga di Osaka, lereng putih bersalji Komatsu, dan hamparan ungu yang menakjubkan di musim panas di Sapporo, kepada pelbagai warna daun merah di musim gugur Yamagata, pelbagai pengalaman yang penuh warna menanti anda.
Servis Japan Airlines

Servis Japan Airlines
Menurut Naib Presiden/Pengurus Serantau Kuala Lumpur Japan Airlines Tomohiro Sakaguchi, Menerusi kempen ‘ Discover Your Color’ menyerlahkan lagi hubungan kami ke kawasan tempatan di Jepun, dengan menyediakan pilihan perjalanan yang lebih luas di seluruh negara, dan pada masa yang sama merangsang pelancongan dan pertumbuhan di setiap rantau. Terbang bersama JAL dari Kuala Lumpur ke Jepun dan luangkan masa di Tokyo sebelum melawat ke lokasi percutian tanpa tekanan dan menikmati keunikan ke bandar-bandar lain yang indah di Jepun. Setiap lokasi berbeza setiap musim dan menawarkan pengalaman yang tiada tandingan.
[envira-gallery id="86858"]
JAL bukan sahaja mempunyai rangkaian antarabangsa yang luas tetapi juga sebahagian destinasi terbesar di Jepun.Operasi yang luasnya meliputi lebih dari 800 penerbangan domestik harian yang melibatkan 59 lapangan terbang, menyediakan pelancong dengan pengalaman yang menhembus bersemangat sebenar Jepun. Rangkaian ini meliputi sembilan wilayah iaitu Tohoku, Kyushu, Hokkaido, Chugoku, Shikoku, Chubu, Okinawa, Kansai, dan Kanto.
Sehingga Mac 2018, Japan Airlines mempunyai armada 231 pesawat, dengan 11 Boeing 787-9.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Japan Airlines.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
