5 Sebab Mengapa Anda Perlu Memiliki Samsung Galaxy S9

Wanita secara amnya, tidak begitu ambil pusing mengenai apa jenis teknologi yang terkandung dalam gajet apalagi telefon pintar. Namun apa yang paling penting buat wanita, telefon pintar perlu ada kamera bagus dan baik sekali untuk melakukan selfie!
GLAM mencuba beberapa telefon pintar terbaru di pasaran dan kami berasakan yang Samsung Galaxy S9 adalah yang terbaik buat wanita. Ada dua saiz untuk anda pilih, antara S9 atau S9 Plus. GLAM rungkaikan secara ringkas sebab-sebab mengapa anda perlu memilikinya!
1. KUALITI GAMBAR TERBAIK BERBANDING TELEFON PINTAR LAIN
[envira-gallery id=”81634″]
Statement ini bukan di buat-buat. Kami membuat perbandingan sendiri dengan telefon-telefon pintar terbaru dari pelbagai jenama dan terbujti Samsung S9 memiliki kualiti gambar terbaik. Dengan teknologi Super Speed Dual Pixel, gambar yang terhasil lebih vibrant, fokusnya tepat dan sempurna buat anda yang kaki selfie!
2. BOLEH CIPTA EMOJI SENDIRI

Semua orang guna emoji yang sama apabila berkomunikasi. Tetapi mengapa perlu sama dengan orang lain jikalau anda boleh cipta sendiri? Samsung S9 membolehkan anda cipta emoji peribadi menggunakan teknologi baru di mana anda cuma perlu tangkap selfie sendiri dan ianya akan bertukar menjadi rangkaian emoji dengan pelbagai mimik muka.
3. SKRIN INFINITI
[envira-gallery id=”81632″]
Gerakan jari sewaktu navigasi lebih lancar dan bebas apabila kedua-dua sisi telefon bersifat infiniti! Keunikan teknologi ini membolehkan pengguna merasai pengalaman yang jauh berbeza lantas menjadikan telefon pintar ini amat unik sekali. Anda tidak lagi akan berasa seolah-olah tersekat dan maksimumkan kreativiti dengan skrin Samsung S9 yang cukup istimewa ini.
4. PRESTASI KELAJUAN OPTIMUM

Tiada yang lebih menjengkelkan apabila telefon pintar anda mengambil masa yang lama untuk bertindak. Di era digital ini, tiada alasan untuk mana-mana perisian bergerak lembab. Namun Samsung S9 begitu mudah untuk dinavigasi kerana ia memang dicipta untuk prestasi yang mengecap kelajuan optimum!
5. SUPER SLOW-MO

Pengalaman meneroka telefon pintar generasi baru ini tambah menyeronokkan dengan perisian Super Slow-Mo! Ya, sekarang anda boleh merakam video secara slow motion hanya dengan menggunakan telefon pintar. Jika sebelum ini, konsep sedemikian pastinya menghasilkan video yang tidak sharp dan kurang jelas, namun dengan teknologi Samsung yang membolehkan ianya dirakam secara tepat!
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
