Bukan hanya sekadar hiburan, seni tarian sarat emosi serta cerita tersendiri. Kenali mereka yang mengukir nama dalam bidang tarian pada abad ke-20.
1. Rudolf Nureyev
Gambar: NYC Dance Stuff
Penari balet juga tarian moden kelahiran Rusia ini mencipta fenomena dengan gerak tari yang penuh emosi serta karisma. Sehingga kini, pentas “Romeo and Juliet” yang menggandingkan dia bersama Margot Fonteyn menjadi sejarah dunia balet kerana tarian memukau menusuk kalbu. Memulakan karier solo di Kirov Ballet, dia kemudiannya menyertai The Royal Ballet di United Kingdom sehingga tahun 1970. Kenaikan pangkat sebagai Principle Guest Artist membolehkannya menumpu perhatian terhadap pementasan jelajah dan di peringkat antarabangsa.
2. Mikhail Baryshnikov
Gambar: Biography
Digelar antara penari balet terhebat sepanjang zaman, Mikhail Baryshnikov sertai Kirov Ballet di Rusia pada tahun 1967. Dek kerana bakatnya yang hebat, dia menjadi rebutan ramai pereka tari Soviet untuk mencipta koreografi buatnya. Clive Barnes dari New York Times menggambarkan Mikhail sebagai “Penari paling sempurna pernah saya saksikan”. Karier penari kelahiran Rusia ini juga menjangkau ke dunia lakonan. Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Oscar untuk filem The Turning Point pada tahun 1977, dia juga muncul sebagai teman lelaki Carrie Bradshaw di musim terakhir Sex and the City.
3. Sylvie Guillem
Gambar: imgkid
Penari balet dari Perancis ini cipta fenomena dengan memilih untuk bergerak sendiri dan muncul di pentas hebat seperti “Raymonda” dan “In The Middle Somewhat Elevated”. Sylvie Guillem mendapat latihan gimnastik dari ibunya yang merupakan seorang guru gimnas. Ketika umur 11 pada tahun 1977, dia mulakan latihan di Paris Opera Ballet School. Pada mulanya dia benci akan tarian, namun setelah pementasan tarian pertama dia sedar akan cintanya terhadap seni persembahan. Di bawah rumah balet itu, dia dinobat sebagai penari terbaik dari tahun 1984 hingga 1989 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Principle Guest Artist.
4. Josephine Baker
Gambar: Huffington Post
Karier Josephine Baker bermula pada usia 15 tahun ketika dia membuat persembahan jalanan dan mula disunting untuk persembahan variety oleh St. Louis Chorus. Namanya menjadi masyhur tika berhijrah ke Paris dan membuat persembahan di Folies Bergere. Kemunculannya memakai persalinan skirt seperti buah pisang ditambah dengan teknik tariannya yang hebat memukau penonton. Dia kemudiannya menjadi penghibur Amerika paling berjaya di Perancis. Josephine juga merupakan wanita kulit hitam pertama berlakon di dalam filem malahan, dia adalah penghibur kulit hitam pertama yang terkenal di serata dunia.
5. Vaslav Nijinsky
Gambar: Ballet and Opera
Antara penari balet disegani pada abad ke-20, Vaslav Nijinksy dipuja kerana gerak tari penuh cerita dan karakter. Dia turut memiliki kebolehan menari en pointe, suatu kemahiran yang jarang diperolehi penari balet lelaki ketika itu. Pada tahun 1909, dia menyertai Ballets Russes di Paris dan menjadi penari lelaki paling popular di situ. Dia kemudian mula mencipta koreografi balet pada tahun 1912 yang akhirnya menimbulkan kontroversi kerana tema bukan konvensional yang diketengahkan dalam tarian.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
