Filem Yang Menekankan Peranan Wanita Akan Diberi Rating Feminist
Bersempena dengan Women’s History Month sepanjang bulan Mac ini dan juga tanda sokongan kepada gerakan feminist, IMDb telah mengeluarkan kategori rating terbaru iaitu ‘F-Rating’.

Foto: Twitter/f__rating
F-Rating ini diambil oleh IMDb untuk mengetengahkan watak perempuan dalam sesebuah filem dan telah dihasilkan oleh Holly Terquini daripada Bath Film Festival dalam usahanya untuk mengetengahkan peranan wanita dalam industri perfileman.
Setakat ini IMDb telah memberikan lebih kurang 21,800 buah filem rating F ini dan pengasas IMDb sendiri Col Needham merasakan rating baru ini merupakan cara yang bagus untuk pelakon wanita dan juga wanita-wanita yang bekerja di belakang kamera.
Berdasarkanh Bechdel test yang memerlukan sekurang-kurangnya dua orang wanita dalam sesebuah filem yang berbual antara satu-sama lain mengenai apa sahaja selain hal lelaki dan ujian ini direka untuk mengenalpasti peratusan filem yang ditulis, diarah dan dilakonkan oleh wanita.
Mana-mana filem yang menepati ketiga-tiga kriteria ini, akan diberikan rating ini.
“F-rating ini bertujuan untuk membuatkan orang ramai membincangkan perwakilan wanita di dalam skrin dan juga disebalik tabir,” terang pengasas F-Rating ini.
Antara filem-filem yang telah diberi F-rating ini adalah American Honey, Bridget Jones’ Baby, Frozen, Kungfu Panda 2, Freaky Friday dan juga The Girl on the Train.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
