Nikmati Atma Paris Bersama Nespresso Krismas Ini
Hasrat untuk ke Paris masih lagi belum direalisasikan dan Krismas pula makin menghampiri. Secawan Nespresso menarik perhatian anda hasil tangan si dia. Haruman kopi tersebut mengingatkan anda kepada kota Paris lantas senyuman menghiasi wajah.

Musim Krismas ini Nespresso telah membawa cita rasa Paris kepada pelanggan mereka melalui kolaborasi khas bersama pereka dalaman ternama, India Mahdavi. Dengan Variations kopi inspirasi Parisian Gourmandise, Nespresso memperkenalkan koleksi Edisi Terhad untuk memeriahkan lagi Krismas anda tahun ini.
Menerapkan rasa-rasa yang lazim dengan jiwa Paris, perisa seperti macaron dan pralineantara perisa yang terpilih untuk menghasilkan koleksi istimewa ini. Turut terkenal dengan minatnya terhadap rekaan elegan yang digabungkan dengan palet rona warna yang mengagumkan, Mahdavi menggunakan bakatnya untuk menghasilkan pembungkusan yang unik buat Nespresso.
"Nespresso menghubungkan kesemua deria - meraikan semua aspek deria, dari penglihatan hingga ke sentuhan melalui bau, dengan aroma manis. Saya ingin menambahkan sedikit lamunan ke dalam koleksi ini. Menawarkan kapsul-kapsul yang menawan yang mampun menarik perhatian orang dan membenarkan mereka menggunakan imaginasi mereka," terang Mahdavi perihal rekaannya.
Setiap satu daripada Variations dalam koleksi ini menggunakan adunan kopi Livanto Nespresso yang menggunakan Pure Arabica daripada Amerika Selatan dan Amerika Sentral:
[envira-gallery id=”86590″]
Perisa Praline ini pula memadankan perisa asli Livanto dengan kacang hazel panggang, yang ditingkatkan lagi perisanya dengan sedikit kemanisan karamel.
Anda boleh mendapatkan koleksi Edisi Terhad ini di semua butik Nespresso berdekatan, tempahan melalui Nespresso Customer Care Centres atau di Nespresso.com sehingga 31 Disember ini.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwinan Taylor Swift
Sanggul Sleek Selena Gomez Curi Perhatian Di Perkahwinan Taylor Swift
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
