Nikmati Atma Paris Bersama Nespresso Krismas Ini
Hasrat untuk ke Paris masih lagi belum direalisasikan dan Krismas pula makin menghampiri. Secawan Nespresso menarik perhatian anda hasil tangan si dia. Haruman kopi tersebut mengingatkan anda kepada kota Paris lantas senyuman menghiasi wajah.

Musim Krismas ini Nespresso telah membawa cita rasa Paris kepada pelanggan mereka melalui kolaborasi khas bersama pereka dalaman ternama, India Mahdavi. Dengan Variations kopi inspirasi Parisian Gourmandise, Nespresso memperkenalkan koleksi Edisi Terhad untuk memeriahkan lagi Krismas anda tahun ini.
Menerapkan rasa-rasa yang lazim dengan jiwa Paris, perisa seperti macaron dan pralineantara perisa yang terpilih untuk menghasilkan koleksi istimewa ini. Turut terkenal dengan minatnya terhadap rekaan elegan yang digabungkan dengan palet rona warna yang mengagumkan, Mahdavi menggunakan bakatnya untuk menghasilkan pembungkusan yang unik buat Nespresso.
“Nespresso menghubungkan kesemua deria – meraikan semua aspek deria, dari penglihatan hingga ke sentuhan melalui bau, dengan aroma manis. Saya ingin menambahkan sedikit lamunan ke dalam koleksi ini. Menawarkan kapsul-kapsul yang menawan yang mampun menarik perhatian orang dan membenarkan mereka menggunakan imaginasi mereka,” terang Mahdavi perihal rekaannya.
Setiap satu daripada Variations dalam koleksi ini menggunakan adunan kopi Livanto Nespresso yang menggunakan Pure Arabica daripada Amerika Selatan dan Amerika Sentral:
Nespresso Variations Macaron
[envira-gallery id=”86592″]
Kombinasi nada bijirin Livanto dengan perisa manis almond yang melambangkan pastri macaron.
Nespresso Variations Macaron
Anda boleh mendapatkan koleksi Edisi Terhad ini di semua butik Nespresso berdekatan, tempahan melalui Nespresso Customer Care Centres atau di Nespresso.com sehingga 31 Disember ini.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
