Quick  & Easy Breakfast Ideas

Quick & Easy Breakfast Ideas

breakfast
 
Breakfast is always the most important meal of the day! GLAM Junior kongsikan menu sarapan yang mudah dan cepat untuk disediakan oleh para ibu.
 
Sunny Sandwic
 
(15 hingga 20 minit waktu penyediaan)
 
Bahan-bahan

  • 3 keping roti bakar
  • 3 biji telur
  • 2 helai daun salad
  • Tomato yang sudah

 
Siap dihiris
 

  • 2 keping daging
  1. Bakar roti (boleh disapukan mayones mengikut citarasa anda).
  2. Goreng dan hancurkan telur. Kemudian letakkan di atas lapisan pertama roti. Taburkan sedikit garam dan lada.
  3. Letakkan lapisan kedua roti di atas lapisan pertama tadi. Kemudian letakkan pula helaian daun salad, hirisan tomato dan kepingan daging.
  4. Letakkan kepingan roti terakhir untuk melengkapkan hidangan dan potong sandwic menjadi dua. Sandwic anda siap untuk dinikmati!

 
French Toast
 
(10 hingga 15 minit waktu penyediaan)
 
Bahan-bahan
 

  • 2 keping roti (dipotong)
  • 1-2 biji telur
  • Susu
  • Madu
  1. Pukul telur dan campurkan dengan sedikit susu.
  2. Celup roti di dalam sebatian telur yang telah dipukul, pastikan kedua-dua bahagian diselaputi sama rata.
  3. Gorengkan kepingan roti di atas sedikit minyak dengan api yang sederhana sehingga kedua-dua bahagian menjadi sedikit keperangan.
  4. Susun French Toast anda di atas piring dan tuangkan sedikit madu untuk melengkapkan hidangan. Boleh juga diserikan dengan buah-buahan seperti kiwi dan strawberi. Anak-anak anda pasti menyukainya!
See also
Netflix and Clean

 
Kriteria Makanan
Kenal pasti apa yang disukai anak-anak. Namun pada waktu yang sama pastikan apa yang disukai itu berkhasiat untuk diambil. Kanak-kanak biasanya lebih menggemari sarapan yang lebih ringkas. Fikirkan tentang menu yang mudah dan cepat untuk disediakan. Sasarkan waktu penyediaan maksimum selama 20 minit sahaja.
 
Persiapan Awal
Sebelum tidur rancang apa yang anda ingin sediakan pada keesokan hari untuk memudahkan kerja dan memendekkan waktu persiapan sarapan. Seperkara lagi yang anda boleh lakukan ialah simpan lebihan makanan yang boleh digunakan untuk membuat sarapan pada keesokan hari. Pastikan juga dapur anda sentiasa dipenuhi dengan bekalan bahan-bahan menu sarapan ringkas untuk mengelakkan kejadian kelam kabut di pagi hari.