Filem Pendek Rizalman Lakonan Scha Alyahya

Filem Pendek Rizalman Lakonan Scha Alyahya

Oleh: Mujahid Saddam
 
Lara
 
Stadium Chin Woo Kuala Lumpur melalui transformasi seakan panggung wayang apabila pereka fesyen tersohor Rizalman Ibrahim memperagakan koleksi Rizalman untuk Zalora semalam (27 Mei). Cukup gah, ditambah dengan koleksi rekaan yang sungguh sotisfikated dan elegan, menggabungkan elemen moden dan tradisional yang diberi rasa baru.
 
Namun yang menjadi buah mulut adalah filem pendek ‘Lara’ yang merupakan hasil arahan pertama Rizalman. Setelah 20 tahun menceburi dunia fesyen, dia melangkah lebih jauh dengan mengarah cereka pendek raya dibintangi aktres legenda Fauziah Nawi dan Scha Alyahya.

Rizalman with the stars of 'Lara'and singer Dayang NurfaizahGambar: Zalora

 
Filem yang menjalani penggambaran di Istanbul dan tanah air itu cukup memukau dan menyentuh jiwa. Scha Alyahya yang ditemui selepas pementasan berlangsung turut berkongsi pengalamannya terlibat dalam cereka pendek itu, “Saya dihubungi oleh pihak Rizalman dan mereka memaklumkan kepada saya tentang pembikinan koleksi raya. Terus saya dilamar untuk menjadi wajah kepada koleksi ini. Ianya mungkin kerana saya pernah terlibat dalam kempen raya mereka tahun lalu.”
 
Tambah Scha lagi, “Penggambaran filem tersebut sungguh menyeronokkan! Ianya merupakan kali pertama saya bekerja bersama Rizalman dan merupakan filem arahan pertamanya. Saya merasa agak takut pada mulanya kerana Rizalman merupakan seorang yang perfectionist and he knows what he wants. Sebenarnya watak yang saya bawakan ini sangat berat dan banyak menitiskan air mata, tetapi ianya merupakan pengalaman yang menyenangkan kerana dia bijak dalam membangkitkan mood untuk sesuatu watak. Dia akan memutar lagu di lokasi bagi memberi rasa untuk lebih menjiwai karakter.” Penggambaran selama 10 hari berkampung di Istanbul ternyata sungguh menyenangkan buat Scha dan ujarnya dia merindui pengalaman bersama mereka di sana.
 
Filem tersebut turut diperkuatkan lagi dengan runut bunyi hebat dan salah satunya adalah nyanyian semula “Syurga Itu Di Bawah Telapak Kaki Ibu” oleh Dayang Nurfaizah. Kata Dayang mengenai penglibatannya, “Saya diundang oleh Rizalman sendiri dimana pada awalnya dia menceritakan pelannya membikin filem untuk Zalora. Terus dia bertanyakan kepada Dayang sama ada berminat untuk menyumbang suara dengan menyanyikan lagu tema. Dia sudah ada sebuah lagu yang dirasakan sesuai dan terus Dayang terima kerana memang senang untuk bekerjasama dengannya. Lagu tersebut juga merupakan antara lagu kegemaran Dayang sekaligus membangkitkan lagi keterujaan. Dayang gembira kerana dapat sama-sama terlibat dengan filem pendek ini.”
 
Tonton Cereka Pendek Raya – Lara di bawah.