Chrissy Teigen Dan John Legend Mencuba Bayi #2 Menerusi Proses IVF

Chrissy Teigen Dan John Legend Mencuba Bayi #2 Menerusi Proses IVF

Model turned chef and TV host dan juga Ratu Twitter kegemaran ramai, Chrissy Teigen dan suaminya John Legend telah mengumumkan melalui satu temubual yang mereka sedang mencuba untuk bayi kedua mereka melalui proses IVF.

 

Pasangan ini juga melalui proses yang sama untuk cahaya mata pertama mereka, Luna, dengan menggunakan embrio milik Teigen yang dipilih dengan teliti sebelum dibekukan untuk memastikan kesihatan yang jitu buat bayinya dan juga kejayaan penghamilan.

 

Teigen juga dikenali dengan sikap terbukanya apabila membincangkan penghamilan. Daripada isu-isu yang melibatkan penghamilan sehinggalah ke postpartum depression yang jarang dibincangkan secara terbuka dalam kalangan ibu-ibu selepas bersalin.

 

Teigen juga merupakan penyokong tegar proses IVF kerana dia mempunyai peluang untuk menentukan jantina anaknya sendiri sehingga menimbulkan perdebatan hebat antara netizen perihal etikanya dalam hal ini.

 

Love her or hate her tidak dapat disangkalkan Teigen mewakili bukan dirinya sahaja apabila dia membincangkan isu-isu ini kerana daripada rata-rata 3.7 bilion golongan wanita di dunia ini, ramai yang mengalami masalah yang sama seperti Teigen hanya mereka tidak mempunyai kemampuan untuk bersuara dek kerana sekatan sosial mahupun rasa takut dan malu.

See also
Pameran Makers of Tomorrow Volvo Car Malaysia Kini di Bangsar Shopping Center

 

Seperti Teigen, Kim Kardashian West juga telah tampil untuk berterus terang kepada pihak umum mengenai penghamilan anak ketiganya melalui proses ibu tumpangan dan isu wanita seperti ini harus diperbincangkan secara terbuka tanpa sebarang sekatan.

 

“Saya tidak tahu yang saya akan menjadi terbuka seperti ini mengenai hal ini, tetapi selepas bertemu dengan individu-individu di pejabat doktor saya yang mengalami masalah yang sama seperti saya, saya berfikir, ‘Kenapa tidak berkongsi sahaja kisah saya?'”