Akhiri Jelajah Asia, Eric Nam Pukau Peminat Malaysia
Penyanyi dan penulis lagu, Eric Nam memilih untuk mengakhiri Konsert jelajah Asia Before We Begin 2020 di Malaysia. Berlangsung di The Bee, Publika, Eric telah menyanyikan 18 buah lagu buat “NamNations” yang menunggu seawal jam lima petang di Publika pada 17 Januari lalu.

Gambar: Instagram Eric Nam
Antara lagu dalam setlists yang dinyanyikan Eric ketika konsert itu berlangsung adalah Congratulations, You’re Sexy I’m Sexy, Don’t Call Me, Runaway dan Cave Me In yang mempromosi album Before We Begin, album bahasa Inggeris pertamanya yang baru sahaja dikeluarkan November tahun lalu.
Eric turut menyampaikan beberapa lagu hitnya dan memukau penonton dengan suaranya yang lunak. Beberapa lucky fans turut mendapat nyanyian khas daripada Eric sempena hari jadi mereka.
Eric kini sedang meneruskan konsert jelajah Before We Begin di Amerika Latin dan Utara. Sedikit fakta mengenai penyanyi korea-Amerika ini, dia pernah dinamakan sebagai GQ Korea’s Man Of The Year, Forbes 30 Under 30 Asia, dan Honorary Ambassador bagi 2018 Winter Olympics.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Sorotan Buat Pementasan Koleksi Louis Vuitton Menswear SS27
Jun 24, 2026
Trend Report: 5 Trend Kecantikan Separuh Pertama 2026
Jun 24, 2026
GLAM It Girl: Elena. C
Jun 24, 2026
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Jun 24, 2026
Penat Dengan Bandar? 5 Green Retreat Ini Mungkin Jawapan Yang Anda Cari
Jun 24, 2026
Bottega Veneta dan Seni Tenunan Thailand di Bangkok Kunsthalle
Jun 24, 2026
Ritual UV Baharu Dior
Jun 24, 2026

