GLAM Goes Orange: Kesedaran Kanser Kulit Sempena Hari Wanita Sedunia - Glam Malaysia

GLAM Goes Orange: Kesedaran Kanser Kulit Sempena Hari Wanita Sedunia

Kesedaran mengenai kanser kulit perlu diterapkan pada semua. Ramai tidak ambil pusing dan memandang remeh kerana memikirkan kulit mereka dapat menentang anasir ini dan yakin potensi untuk terkena penyakit ini mungkin tipis. Tetapi tahukah anda 90 peratus petanda penyakit kanser kulit ini datangnya daripada sinaran terus matahari? GLAM lancarkan kempen kesedaran GLAM GOES ORANGE sempena Hari Wanita Sedunia bulan ini.

 

Pengenalan Kepada Kanser Kulit

Walaupun kes penyakit kanser kulit di Malaysia tidak seteruk seperti di negara-negara lain, namun langkah waspada masih harus diambil. Hari ini, lapisan ozon seperti yang kita tahu semakin menipis  menyebabkan lebih banyak cahaya sinaran UV menembusi permukaan bumi. Oleh kerana itu, risiko untuk kulit diserangi kanser ini amat tinggi dan pelbagai langkah untuk menghalang daripada berlakunya  haruslah diambil.

 

Apa itu kanser kulit? Ianya adalah sejenis ketumbuhan pada kulit akibat kewujudan sel tidak normal. Kebiasaannya ia akan menyerang  mereka yang tergolong dalam golongan kulit cerah dan sentiasa terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Kanser kulit terdiri daripada beberapa jenis dan kerap berlaku pada bahagian yang tidak dilindungi seperti muka, leher, lengan dan kepala.

See also
Keluarga Diraja British Hadir Ke Tayangan Perdana FIlem James Bond

 

Dua jenis kanser kulit utama yang sering dijumpai adalah kanser kulit non-melanoma (iaitu basal cell carcinoma dan squamous dell carcinoma) serta malignant melanoma.

 

Lynn Lim

Bercerita mengenai kisah kempen kesedaran ini sudah tentu membuka mata semua pihak kerana kita pasti tahu betapa menakutkan apabila terkena penyakit kanser ini.

 

Bagi dirinya, penggunaan krim pelindung sinar itu amat penting dan akan sentiasa memakainya setiap kali selepas mengoles pelembap pada wajah. Oleh kerana dia sering berkerja di luar sehingga berjam-jam lamanya, dia akan memastikan seluruh tubuh turut dilindungi dengan krim tabir suria.

 

Nana Mahazan

 

Nana juga sedar akan kepentingan isu kanser kulit ini. Lebih-lebih lagi, kerjayanya sebagai artis memerlukan dia untuk berkerja diluar tidak kira tempat dan waktu. Bagi Nana, krim pelindung sinar itu sangat penting, “It’s a simple step but it’s the most important one,” ujar Nana.

 

Nana juga cuba mengekalkan kelembutan kulit dengan menyapu minyak argan setiap hari.

 

See also
GLAM Exposé: Solusi IVF Sebagai Pengikat Kasih, Harta dan Kuasa
Hunny Madu

Apabila ditanya soal kesedaran mengenai kanser kulit ini,  katanya masyarakat harus mengambil serius soal ini. Dan bagi dirinya, sunscreen ini sangat penting dan dia akan memastikan untuk memakai secukupnya pada muka sebelum keluar rumah. Itu adalah antara pesanan teman baiknya lapan tahun yang lalu. 

 

Tergelak kecil dia berkongsi kisah pengalaman kulit terbakar (sunburn). “Setakat ini, saya tidak pernah terkena sunburn lagi. Percaya atau tidak?” selorohnya sambil ketawa.

 

Diana Danielle

Pelakon, penyanyi dan ibu kepada dua cahaya mata ini ternyata begitu prihatin terhadap kecantikan diri dan juga kesihatan tubuhnya. Baginya, isu seperti ini haruslah diberi kesedaran dan orang ramai perlu dididik untuk tidak mengambil mudah. 

 

Menurut Diana, penggunaan krim pelindung sinar ini sudah diamalkan semenjak kecil lagi. “Berenang adalah antara hobi kegemaran saya, jadi sejak kecil lagi saya sudah diterapkan dengan kepentingan melindungi kulit daripada sinar UV,” ujar Diana.

 

 

*Rencana ini dipetik daripada GLAM Isu Mac 2017. Untuk rencana penuh dapatkan majalah GLAM di kedia-kedai berdekatan anda.

See also
Langkah Pertama Yves Saint Laurent di Malaysia