Use your ← → (arrow) keys to browse
Tudung adalah aksesori terbaik wanita berhijab. Kerisauan menjaga fabrik dan kualiti hijab agar tahan lama tentu sekali sering berada di ingatan mereka. Apatah lagi bila ia datang dari jenama pereka fesyen antarabangsa, bukan?
Seorang wanita berhijab pasti mahu kelihatan relevan seperti wanita lain tanpa hijab. Kelihatan cantik adalah keinginan yang sangat mendalam buat semua wanita, tetapi bila memakai hijab yang kotor ia boleh menjejaskan kecantikan anda. Ini kerana menjaga kualiti tudung memberikan kesan positif kepada keseluruhan keperibadian anda. Ya, cucian tudung setiap hari tidak begitu praktikal dan digalakkan oleh semua pemakai hijab. Oleh itu, GLAM senaraikan cara untuk anda menjaga dan pratikkan mulai hari ini.