fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Jennifer Garner Bakal Bergelar Isteri Sekali Lagi?
Foto & Nama Anakanda Tengku Mahkota Kelantan Dikongsi Bersama Peminat Diraja
Kereta Raya Mercedes E-Class Baharu Definisi Sedan Mewah
VIP Most GLAM 2023: Meraikan Gaya Elegan
5 Vila Termewah di Malaysia
Home > Gaya Hidup > 10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM

10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM

10 Pemain Bola Sepak Kacak FIFA World Club 2026 yang anda patut follow di Instagram

Musim yang dinanti-nantikan para peminat bola sepak akhirnya tiba. Namun, selain aksi hebat di atas padang, barisan pemain ini turut mencuri perhatian menerusi rupa paras, karisma dan aura tersendiri.  Berikut adalah, 10 pemain bola sepak paling kacak FIFA World Cup 2026 pilihan GLAM yang pastinya anda terpikat. Jangan lupa follow mereka di Instagram!

Achraf Hakimi, Morocco

@achrafhakimi Pemain kelahiran Madrid yang juga menjadi ketua pasukan Morocco ini sering menjadi perbualan di media sosial, kerana memiliki fizikal yang lean, raut wajah yang tajam,  karisma yang sukar untuk dinafikan, Achraf menjadi salah satu pemain yang memiliki pakej lengkap seorang bintang dengan senyumannya yang turut menjadi daya tarikan peminat.

Arda Guler, Turkey

@ardaguler digelar sebagai “Turkish Wonderboy”, Arda Guler  yang memiliki aura aura clean dan boyish look yang menawan menjadi kegemaran ramai. Selain bakat permainan yang luar biasa dalam aspek dribbling dan  close control, penampilannya yang sederhana itu menjadi daya pemikat yang digemari ramai.

Yildiz, Turkey

@kenanyildiz antara salah satu bintang muda Turkey yang semakin mendapat perhatian dunia! selain wajahnya yang tampan, Yildiz turut dikenali menerusi gaya permainan dinamik serta footwork yang mengagumkan.

Leroy Sane, Germany

@leroysane dengan ketinggian 183cm, jejaka kelahiran Germany yang mempunyai aura seksi ini  dan gaya fesyen yang stand out ini menjadi salah seorang pemain sayap terkacak di dalam pasukan Germany. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai trendsetter, khususnya menerusi gaya rambut yang berbeza-beza di setiap perlawanan.

Ferran Torres, Spain

@ferrantorres pemain yang mempunyai bakat yang versatil di atas padang dan juga memiliki pace yang menakjubkan ini turut menjadi perhatian ramai dengan memiliki rupa paras yang atraktif, wajah yang tajam, kening yang terdefinisi serta penampilan kemas yang menjadikannya antara pemain Spain yang digemari.

Darwin Nunez, Uruguay

@darwin_n9 menjadi kegemaran ramai peminat kerana memiliki rupa yang striking dan pesona tersendiri. Diatas padang, Nunez turut dikenali dengan kekuatan fizikal serta larian menyerang yang agresif.

Kylian Mbappe, France

@k.mbappe selain kepantasan yang luar biasa dan rekod jaringan gol yang konsisten, Mbappe turut memiliki karisma dan cita rasa fesyen yang menarik. Tidak hairanlah beliau menjadi salah satu pemain bola sepak yang paling berpengaruh dan pilihan pelbagai jenama antarabangsa.

Alvarez, argentina

@juliaanalvarez memiliki rupa paras yang dashing dengan aura yang comel yang membuatkan ramai peminat jatuh cinta. Tambahan pula, sikapnya yang rendah diri menguatkan lagi daya tarikan pada para peminat.

Neymar, Brazil

@neymarjr nama yang tidak asing lagi di dalam dunia bola sepak. Selain memiliki skil lincah diatas padang, Neymar juga terkenal dengan rupa paras yang kacak serta aura flirty yang menjadi kegilaan ramai.

Jude Bellingham, Real Madrid

@judebellingham sering disebut sebagai pemain bola sepak paling kacak dan bergaya masa kini. Jude memiliki wajah yang simetri dan struktur wajah yang sharp. Tidak dinafikan kebolehannya di atas padang berjalan seiring dengan pesona yang menjadikan Jude pujaan peminat seluruh dunia.

 

Artikel berkaitan: https://glam.my/gaya-hidup/wanita-di-sebalik-bintang-pemain-fifa-world-cup-2026/