Tarung: Unforgiven Bariskan Pelakon Lelaki Berbakat
Di bawah arahan Razaisyam Rashid, filem tempatan ini menghadirkan deretan pelakon lelaki popular seperti Aedy Ashraf, Bront Palarae, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Zul Ariffin, dan ramai lagi.
Filem ini tampil sebagai naskhah aksi yang penuh intensiti, menggabungkan kisah yang kompleks bersama visual yang dramatik. Menyelami konflik emosi dan perjuangan dalaman, ia juga membawa penonton menyaksikan penentangan antara ego dan kelemahan diri sendiri. Sarat dengan adegan mendebarkan, filem ini turut menjadi naskhah pertama Aedy Ashraf sebagai penerbit bersama syarikat produksinya, Alpha47. Menghadirkan figura-figura yang cukup terkenal dan berbakat, filem ini menjanjikan pengalaman menonton yang memuaskan. Filem ini kini mula ditayangkan pada 7 Mei 2026 di pawagam seluruh Malaysia. Berikut adalah himpunan pelakon lelaki yang bakal menghiasi layar perak untuk filem Tarung: Unforgiven!
Ini Antara Deretan Pelakon Lelaki Filem Tarung: Unforgiven!
1. Aedy Ashraf

Menghidupkan watak Isa, Aedy Ashraf menjadi salah satu teraju utama dalam naskah tempatan terbaru ini. Filem Tarung: Unforgiven ini turut menjadi karya pertama Aedy Ashraf sebagai penerbit bersama syarikah produksinya, Alpha47. Projek ini memperlihatkan langkah baru Aedy Ashraf dalam kerjayanya sebagai pelakon utama dan penerbit. Aedy turut melihat fasa baharu ini sebagai evolusi dalam perjalannya di dalam industri kreatif Malaysia.
2. Mierul Aiman

Membawa watak Hatta, Mierul Aiman menghidupkan setiap karakter yang dibawa dengan penuh emosi dan dedikasi. Walaupun masih baru dalam industri perfileman, Mierul Aiman tidak takut untuk menyahut cabaran dan memegang watak kompleks. Filem ini turut dikatakan berbeza daripada naskah-naskah aksi yang pernah dilakonkannya.
3. Bront Palarae

Nama yang tidak lagi asing dalam landskap perfileman tempatan, Bront Palarae terus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pelakon versatil menerusi filem aksi terbaharu ini. Kali ini, dia menggalas watak Khalid, sebuah watak yang sarat dengan emosi dan ketegangan. Dikenali menerusi aura karisma serta kemampuan membawakan pelbagai karakter dengan begitu meyakinkan, kemunculan Bront Palarae dalam naskhah ini dijangka menjadi antara elemen paling mencuri perhatian.
4. Amir Ahnaf

Salah seorang peserta Hero Remaja 2021/2022, Amir Ahnaf kini semakin berani mengukir nama dalam industri perfileman. Filem Tarung: Unforgiven bukan filem aksi pertamanya apabila dia pernah menjadi teraju utama siri drama Projek: High Council. Kini menjiwai watak Ucop, Amir Ahnaf teruja apabila dia dapat berganding bersama sahabat, Mierul Aiman dalam sebuah filem yang sama.
5. Zul Ariffin

Kembali lagi menyertai barisan pelakon berbakat, Zul Ariffin juga antara salah seorang pelakon lelaki yang mencuri tumpuan apabila di layar perak. Zul Ariffin turut berkongsi bahawa kesungguhan Aedy Ashraf dalam menghasilkan filem ini adalah antara sebab utama untuk dia bersetuju dalam membintangi filem Tarung: Unforgiven. Pesona dan bakat lakonannya menjadi antara daya tarikan untuk penonton menyokong naskah tempatan ini.
Artikel berkaitan: Nikmati Suasana Tonton Filem Secara Eksklusif Di Aurum Theatre
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
