Ini 7 Siri Terbaru di Netflix Perlu Anda Tonton

Ini 7 Siri Terkini di Netflix Perlu Anda Tonton

Bosan-bosan di bulan puasa ini, apa kata anda ikut GLAM untuk ketahui dan tonton siri terkini di Netflix yang menarik pada bulan ini!

Netflix semestinya tidak janggal dalam peredaran zaman kini. Nama Netflix kini platform popular yang menawarkan perkhidmatan tontonan filem. Platfom ini banyak menawarkan rancangan yang menarik dan sesuai bagi setiap lapisan masyarakat. Kita tidak perlu tergesa-gesa dan beratur untuk ke pawagam dan mencari laman sesawang untuk menonton filem. Hujung minggu anda kini tidak lagi membosankan apabila anda boleh menghabiskan masa dengan menonton rancangan yang ditawarkan oleh Netflix.

Netflix pada awalnya layanan langganan video yang popular di seluruh dunia. Netflix diasaskan pada tahun 1997 di Amerika Syarikat. Pada mulanya Netflix hanya merupakan servis layanan penyewaan DVD melalui pos, tetapi kemudian ditransformasi menjadi platfom streaming video atas talian yang menyediakan pelbagai genre seperti dokumentari, aksi, seram dan banyak lagi. Netflix juga memiliki pelbagai content dari seluruh dunia dan mempunyai produksi tersendiri yang dikenali sebagai Netflix Original

7 Siri Terbaru Wajib Tonton Bulan Ini

Netflix kini telah berkambang menjadi salah satu platform streaming terbesar di dunia, dengan jutaan pelanggan dari seluruh negara. Jenama Ini seterusnya, terus memperluaskan lagi katalog content mereka dan memperbanyakkan lagi drama dan filem original yang baru bagi memenuhi pelbagai pilihan penonton mereka. Pada bulan Mac ini Netflix menawarkan pelbagai filem yang baru dan semestinya menjadi pilihan anda. Filem yang menarik ini pastinya meninggalkan impak yang besar dalam diri anda. Dalam pengeluaran siri kali ini banyak filem dan siri televisyen menarik serta popular yang akan disiarkan. Mari tonton dan nikmati siri televisyen keluaran kali ini.

See also
Jennifer Lawrence Sambut Kehadiran Cahaya Mata Pertama

1. Projek High Council

Sumber imej dari Instagram

Siri asal tempatan ciptaan Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai pengarah bersama Zulaikha Zakaria mengisahkan Fakhri dan Naim yang merupakan dua beradik yang terpisah sejak mereka masih kecil dan ditemukan semula di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) iaitu sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Mereka berdua menyertai sebuah pertandingan tradisi yang dipanggil “Pilihanraya” yang diadakan secara sulit dan diseliakan oleh “High Council“. Pemenang gelanggang itu akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT. Siapakah yang bakal meragut gelaran pememang pilihanraya itu? untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh saksikkannya di Netflix.

2. Chicken Nugget

Siri Terkini di Netflix

Sumber imej dari Netflix

Drama ini bakal menggegarkan seluruh dunia dengan nugget apabila secara ajaib mesin unggu mengubah ratu dunia komedi romantic iaitu Kim Yoo Jung menjadi seketul nugget ayam. Keadaan menjadi lebih menarik apabila ayah dan peminatnya diberi tanggungjawab untuk memulakan misi aneh bagi mengembalikan Kim Yon Jung kepada bentuk manusia.

3. Physical: 100

Siri Terkini di Netflix

Sumber imej dari Netflix

Misi untuk memenangi gelaran dan wang tunai program realiti televisyen diteruskan dengan Physical:100 musim kedua dengan 100 orang peserta baru yang sedia untuk bertarung. Jangan lupa saksikan program berunsurkan kesihatan ini supaya anda lebih bermotivasi dan yakin untuk menjaga kesihat

4, My Name Is Loh Kiwan

Siri Terkini di Netflix

Sumber imej dari Netflix

Kemunculan oppa kesayangan anda Song Joong-ki pastinya membuatkan anda tergila-gila akan drama barunya yang berjudul My Name is Loh Kiwan. Drama korea selatan ini menceritakan kisah Loh Kiwan, yang di mana selepas mebelot Korea Utara dia terpaksa berjuang untuk mendapatkan status pelarian di Belgium dan ketika itu juga dia bertemu dengan seorang wanita yang putus asa akibat kehilangan segala harapan yang ada. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai misi dan kisah Loh Kiwan ini anda boleh melanggan dan ikuti perkembanhan siri ini.

5. Siri Terkini di Netflix: Queen of Tears

Sumber imej dari Instagram

Drama yang berjudul air mata yang dilakonkan oleh Kim Soo-hyun menceritakn krisis dunia perlahwinan yang memeningkan. Drama ini juga menceritakan penyalaan semula cinta antara Hong Hae in yang dilakonkan oleh Kim Ji-won pewaris keturunan ketiga keluarga Chaebol Queens Group dan Baek Hyun-woo yang dilakonkan oleh Kim Soo-hyun seorang anak petani dari Yongdu-ri, serta tiga tahun perkahwinan mereka. Adakah cinta dua darjat ini berhasil? mari langgan dan tonton untuk ketahui dengan lenih lanjut.

6. The Gentlemen

Siri Terkini di Netflix

Sumber imej dari Netflix

Peminat Peaky Blinders mungkin berminat siri drama ini. Siri ini menceritakan tentang Eddie Halstead yang lahir dalam kemiskinan di Amerika Syarikat, yang seterusnya memenangi biasiswa Rhodes ke Oxford. Waktu ini dia memulakan kegiatan menjual marijuana sebelum keluar dan membina empayar jenayahnya dengan lebih besar. Sekarang, dia merancang untuk menjual perniagaannya kepada billionaire Amerika, Matthew Berger, dengan harga £400 juta dan kemudiannya bersara secara aman bersama isterinya iaitu Rosalind.

7. 3 Body Problem

Siri Terkini di Netflix

Sumber imej dari Netflix

Siri ini diinspirasikan oleh novel yang mendapat pujian dan kritikal Liu Cixin The Three-Body Problem. Siri sains fiksyen yang akan datang ini akan membawa anda dalam perjalanan yang menarik yang merentasi benua dan jangka masa. Siri ini juga revolusi kebudayaan cina pada tahun 1960-an hingga ke jalan-jalan Oxford, England, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Siri ini menceritakan mengenai perjalanan waktu dan undang-undang sains yang berjaya terbongkar apabila adanya ancaman berlaku.