Seks ketika hamil - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
seks ketika hamil

Seks Ketika Hamil : Bagaimana Ia Membantu Proses Kelahiran?

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ubah Posisi Untuk Keselesaan

UBAH POSISI UNTUK KESELESAAN

Foto dari Alamy

Umumnya, hubungan kelamin ketika kandungan mula mencecah trimester kedua akan menyebabkan anda dan pasangan rasa sedikit tidak selesa kerana perut sudah semakin membesar. Namun, ini bukan alasan untuk tidak melakukannya.

Sebenarnya, semasa hamil banyak posisi yang biasa menjadi pilihan sebelum ini sudah tidak lagi sesuai untuk dipraktikkan. Untuk itu, posisi baru perlu dipelajari. Biasanya ada tiga posisi yang sesuai untuk diamalkan lebih-lebih lagi tatkala tubuh sudah berubah saiz dan berat.

Posisi pertama yang sering menjadi pilihan ialah husband behind position atau juga disebut sebagai the rear position. Untuk melakukan posisi ini, suami perlulah mengambil kedudukan di belakang si isteri. Selain daripada dapat mengelakkan tekanan pada perut isteri, tangan suami juga pada ketika itu bebas membelai bahagian tubuh isteri yang disukai.

Posisi kedua yang turut menjadi kegemaran pasangan yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata ialah the woman on top position. Posisi ini sering dipilih kerana bahagian perut si isteri tidak ditekan seterusnya memberi mereka peluang mengendalikan sendiri hubungan kelamin yang dilakukan itu.

See also
5 Soalan Rambang Bersama Amelia Henderson

The side lying position ialah posisi ketiga yang menjadi pilihan ibu-ibu hamil. Untuk posisi ini, pasangan suami isteri perlu berada dalam keadaan mengiring. Kelebihan posisi ini ialah pasangan akan lebih rasa santai dan tangan masing-masing boleh saling mengusapi antara satu sama lain.