fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Ikatan Perkahwinan Nad Zainal & Muhammad Faliq Terlerai
10 Detik Paling Diingati Dalam Sejarah MTV VMA
GBC Love Wellness: Healing Bunyi di Sages KL
Lady Gaga Bakal Bintangi Sekuel Joker Sebagai Harley Quinn
Bella Hadid Dan The Weeknd ‘Putus’ Lagi, Sumber Mengatakan Ini Puncanya…

Pameran Pertama Brad Pitt Sebagai Pengukir Arca

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Koleksi tersebut didedahkan sendiri oleh pelakon dan penerbit itu pada Sabtu lalu sebagai sebahagian daripada pameran besar oleh artis Britain, Thomas Houseago dan siri seramik oleh pemuzik Australia, Nick Cave.

“Buat saya dan Nick, ini merupakan satu dunia baharu dan penyertaan pertama kami. Saya amat gembira,” katanya sewaktu ditemu bual di majlis perasmian.

Antara sembilan arca Brad yang dipamerkan termasuk sebuah struktur berbentuk rumah daripada silikon jernih yang ditembusi peluru serta karya pertamanya dari tahun 2017, ‘House A Go Go’ iaitu sebuah rumah kecil bersaiz 18 inci yang diperbuat daripada kayu.

Arca besar ukirannya termasuk kotak gangsa bersaiz keranda yang menampakkan bentuk tangan, kaki, dan muka di pelbagai sudut. Terdapat juga arca kapur ‘Aiming At You I Saw Me But It Was Too Late This Time’ dari tahun 2020 yang memperlihatkan pertempuran senjata melibatkan lapan individu.

Brad Pitt

Foto: Twitter

Brad Pitt

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse