fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kenali No Na, Girl Group Indonesia Pertama Naungan 88rising
200 TRUNKS 200 VISIONARIES: The Exhibition
Ini 5 Sebab Kenapa Sesetengah Rumah Tangga Gagal
Apa Dimahu Wanita?
Netizen Dakwa Ini Punca Sebenar Keruntuhan Rumah Tangga PM Kanada, Justin Trudeau

Kenali Young Mazino, Aktor Korea Tampan Dalam Siri Beef

Siri hit terbaharu, Beef berjaya meraih sambutan hangat daripada penonton di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai salah satu drama terbaik Netflix.

Drama komedi 10 episod itu berkisar tentang pergaduhan antara dua individu yang membawa kepada tragedi balas dendam. Karya terbaik daripada pencipta siri itu, Lee Sung-jin dan lakonan mantap Ali Wong (Amy Lau) serta Steven Yeun (Danny Cho) telah menarik perhatian jutaan orang secara global. Malah Beef memperoleh seratus peratus skor penilaian daripada Rotten Tomatoes.

beef

Foto: Netflix

Bagaimanapun terdapat satu kejutan yang mencuri perhatian ramai - Young Mazino. Dia diberi tanggungjawab menggalas watak Paul, adik kepada Steve Yeun dalam siri mini itu.

Siapakah bintang Korea berusia 31 tahun ini dan bagaimana dia mendaki tangga populariti menerusi Beef?

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Impian Tercapai

Sewaktu masih bekerja dalam bidang kewangan, Young Mazino ditawarkan peluang lakonan dalam beberapa siri termasuk New Amsterdam dan Blue Bloods. Bagaimanapun ia tidak berjaya melonjakkan namanya sebagai pelakon disegani. Ketika pandemik melanda, dia berjinak-jinak dengan mata wang kripto dan Dogecoin untuk memenuhi keperluan hidup dan membayar bil. Bintang Glass itu akhirnya meninggalkan New York, berbasikal merentasi desa untuk merakam dokumentari dan berfikir panjang mengenai masa depannya dalam bidang lakonan. Young Mazino kemudiannya menjalani uji bakat untuk peranan dalam siri Beef dan kehidupannya terus berubah. Dia kini menghiasi kulit majalah terkemuka dan menjadi model untuk halaman fesyen.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse