Hari Wanita Sedunia: 3 Komuniti Wanita di KL yang Membina Sokongan & Persahabatan
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioSetiap kali tibanya International Women’s Day atau Hari Wanita Sedunia, perbincangan tentang pemerkasaan wanita sering menjadi tumpuan. Namun di Kuala Lumpur, semangat ini tidak hanya diraikan melalui kempen atau perayaan tahunan. Ia juga hidup melalui komuniti komuniti wanita yang aktif membina ruang untuk persahabatan, sokongan dan hubungan yang lebih bermakna.
Daripada pertemuan santai hingga aktiviti sosial yang menghubungkan wanita dengan minat yang sama, komuniti ini membuktikan bahawa kekuatan wanita sering bermula daripada jaringan sokongan yang tulen.
Berikut tiga komuniti wanita di Kuala Lumpur yang semakin mendapat perhatian kerana usaha mereka menyatukan wanita dari pelbagai latar belakang.
Teman Girl
View this post on Instagram
A post shared by Palette of Meadow | Creative Community & Workshops (@paletteofmeadow)
Teman Girls bermula dengan idea yang cukup sederhana, iaitu membantu wanita bertemu rakan baharu di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Sejak ditubuhkan, komuniti ini berkembang pesat dan berjaya menarik ramai wanita yang ingin membina hubungan yang lebih bermakna.
Antara acara paling popular mereka termasuk movie night komuniti yang pernah menarik kehadiran sehingga 300 orang peserta. Selain itu, Teman Girls juga sering menganjurkan sambutan Galentine, sesi potluck hujung tahun serta pelbagai workshop yang memberi peluang kepada ahli komuniti belajar perkara baharu sambil berkenalan dengan orang lain.
Gabungan aktiviti santai dan acara komuniti ini menjadikan Teman Girls lebih daripada sekadar pertemuan sosial. Ia menjadi ruang untuk wanita bertemu, berkongsi pengalaman dan membina rangkaian persahabatan yang lebih luas.
Her Common
View this post on Instagram
A post shared by Her Common (@hercommon)
Sorotan LainGalaxy Buds2 Hasil Idea Samsung Bersama Charli XCX
DATIN X: Berdesing Telinga Datin Bila Ibu Tiri Muda Dipuja-puja
Minum Petang Sempena Hari Kekasih di Banyan Tree Kuala Lumpur!
Kendall Jenner Disaman Rumah Fesyen Itali, Liu Jo Sebanyak RM7.6 Juta
Penjejak Kecergasan Terbaik Untuk Mencapai Kesihatan Optimal
Kim Kardashian Perkenal Teman Baru, Robot Tesla![]()
Her Common bermula daripada niat yang sederhana. Pengasasnya hanya mahu bertemu orang baharu dan membina persahabatan di bandar yang sibuk. Dari situ, Her Common berkembang menjadi sebuah komuniti yang menyatukan wanita dengan tujuan yang sama, iaitu mencari kawan baharu dan mencipta pengalaman bersama.
Aktiviti mereka biasanya santai dan menyeronokkan. Antaranya termasuk meneroka kafe baharu bersama, sesi yoga atau pilates, serta girls night yang memberi peluang untuk berbual dan berkenalan dengan lebih dekat.
Konsepnya mudah tetapi sangat relevan dengan kehidupan moden. Dalam dunia yang sibuk dan serba pantas, Her Common memberi ruang untuk wanita keluar seketika dari rutin harian dan membina hubungan yang lebih bermakna.
Hustle Honeys
View this post on Instagram
A post shared by Hustle Honeys | Networking and Social Club (@hustlehoneys.my)
Digambarkan sebagai networking dan social club untuk wanita, komuniti ini memberi ruang untuk wanita bertemu melalui pelbagai aktiviti menarik.
Hustle Honeys mengadakan pelbagai aktiviti sosial bersama, termasuk sambutan Galentine, pertemuan komuniti dan aktiviti sukan seperti pickleball, yoga dan pilates. Mereka turut menyertai kelas unik seperti pole dance untuk membina kekuatan dan keyakinan diri, serta sesi profesional seperti pelaburan dan pengurusan kewangan yang dianjurkan dalam suasana yang chill dan lebih santai.
Komuniti yang Membuktikan Wanita Kuat Bersama
Semangat Hari Wanita Seudnia bukan hanya tentang meraikan kejayaan individu, tetapi juga tentang bagaimana wanita saling menyokong antara satu sama lain. Komuniti seperti Teman Girls, Her Common dan Hustle Honeys menunjukkan bahawa hubungan yang kuat sering bermula daripada pertemuan kecil.
Artikel berkaitan: Lima Wanita ‘ORIGINAL’ & Ragam Karakter Merai Hari Wanita Antarabangsa Bersama Calvin Klein
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
