Highlight Concert BLACKPINK In Your Area Kuala Lumpur
Ikutan kekecohan yang timbul dek kerana manusia yang tamak dan tidak berprihatin dengan menjual semula tiket konset pada harga tidak masuk akal, BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] Kuala Lumpur akhirnya tiba untuk menghiburkan barisan BLINKs (nama rasmi peminat BLACKPINK) Malaysia!

Pada mulanya konsert ini dirancang sebagai konsert sehari sahaja. Namun penjualan tiket yang memberangsangkan, membuatkan pihak penganjur MacpiePro membuat keputusan untuk menambah sehari lagi untuk memenuhi kehendak BLINKs. Jisoo, Jennie, Rosé, dan Lisa juga menyuarakan rasa teruja mereka untuk menghiburkan BLINKs di Kuala Lumpur!

Dari lagu hit DDU DU DDU DU dan WHISTLE hingga ke persembahan solo mereka, BLACKPINK sememangnya kumpulan penghibur yang menggerunkan. Tenaga yang dilimpahkan oleh mereka membantu menyemarakkan lagi suasana di Malawati Indoor Stadium. Setaraf dengan populariti syarikat hiburan yang mewakili mereka, YG Entertainment, BLACKPINK membuktikan mereka mempunyai kuasa dan tarikan mereka sendiri sebagai sebuah kumpulan yang berbakat.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Filem Zendaya Wajib Tonton Minggu Ini!
May 14, 2026
Tod’s Vacanze Italiane Cipta Memori Musim Panas
May 14, 2026
Longchamp Perbaharui Koleksi Le Pliage Dalam Gaya Monokrom
May 13, 2026
Tarung: Unforgiven Bariskan Pelakon Lelaki Berbakat
May 13, 2026
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel 2026
May 13, 2026
Fromage Jadi Destinasi Keju Artisan Pertama KL
May 13, 2026
Ini Cara Re-apply Sunscreen Tanpa Kacau Solekan
May 12, 2026

