GLAM Reviu: Percutian Lebih Mudah Bersama RoamingMan - Glam Malaysia

GLAM Reviu: Percutian Lebih Mudah Bersama RoamingMan

Paling ditakuti apabila melancong ke luar negara tiada akses Internet. Roamingman peranti Pocket WIFI terbaik di Malaysia.

roaming man

Apabila melancong atau bekerja di luar negara paling utama adalah kemudahan akses internet tanpa sekatan. Kadang-kala Perantauan Data Antarabangsa (Roaming) menerusi penyedia telekomunikasi tidak berfungsi dengan lancar. Pelbagai masalah mula muncul walaupun sudah aktif Roaming sebelum berlepas.

Oleh itu, kita memerlukan talian hayat yang mudah sewaktu berada di luar negara. Roamingman merupakan peranti sambungan wi-fi mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana dan hanya bersaiz kompak! Peranti ini juga boleh digunakan sehingga 5 peranti pada satu masa. Penyambungan tidak terhad termasuklah telefon pintar, iPad, komputer riba semuanya boleh diakses pada masa yang sama.

roaming man

Tanpa perlu tukar kad sim anda, wi-fi poket ini tahan sehingga 12 jam penggunaan. Roamingman kini boleh diakses sehingga ke 144 buah negara. Baru-baru ini sidang editorial GLAM, masing-masing menggunakan perkhidmatan wi-fi poket Roamingman ke negara yang berasingan seperti Istanbul, Turki, Sweden, Japan dan juga Itali.

See also
Dunia Dongeng Menjadi Realiti Bersama DeGem

Artikel berkaitan Libur – Destinasi Kembara Yang Perlu Dilawati

Menurut Direktor Kreatif Digital GLAM, Nisa Halid yang mengembara ke Gothenburg,Stockholm dan Kiruna, Sweden tidak mengalami sebarang masalah sewaktu berada di sana selama seminggu.Perjalanannya mudah dengan adanya poket wi-fi Roamingman. Dia boleh memandu menggunakan waze tanpa sekatan jalur Internet.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman rasmi www. roamingman.my dan dapatkan pakej yang bersesuaian sebelum anda mengembara.