Merlissa Zainal: Face of Beauty
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioKejelitaan merlissa zainal mungkin satu dalam sejuta, apatah lagi ditambah dengan keunikan rambut yang dimilikinya.
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) menjadi ruang untuk dia kembali di persada dunia fesyen. Sekian lama menyepi, dia merantau ke Bali dan menetap di situ sepanjang tempoh Covid-19 melanda. Pereka fesyen dan kumpulan pembantunya sedang menyiapkan model model. Masing-masing sudah siap berdandan dan lengkap menyarung busana. Itu sudah kebiasaan. Begitulah suasana di belakang tabir sesebuah pertunjukan fesyen. Keadaan jadi runcing di saat akhir sebelum barisan model melangkah ke pentas peragaan. Saat pengacara membuat pengumuman, ruang pentas meriah dengan limpahan lampu. Dan, muzik pun bergema. Model-model mula mengambil tempat. Kelihatan jurugambar dan juruvideo sudah bersiap sedia mahu merakam pesta fesyen. Merlissa Zainal menyendiri di tempatnya.

Baju Hermes dan barang kemas Tiffany & co.
Dia menunggu giliran dipanggil. Walaupun dia seorang model senior, diri terasa begitu asing. Ketika itu teringat kenangan lampau di lapangan sama. Saat dia baru memulakan kerjaya sebagai seorang model. Suasana di belakang pentas jauh berbeza. Kemesraan lebih terserlah. Mereka malah saling membantu. “Merlissa!” tersentak dia dari mengimbau kenangan lalu sebaik namanya diseru. Dia melihat kerlingan anak-anak muda. Wajah-wajah baru di arena pentas peragaan. Mereka bukan sombong, mungkin tidak semesra model yang dulu-dulu. Betapa waktu berlari begitu pantas. Rata-rata individu hari ini lebih mesra media sosial, mungkin. Anak muda masa kini hanya berinteraksi di dalam dunia maya. Hakikat ketika bersemuka, mereka lebih malu secara peribadi.

Baju Hermes dan barang kemas Tiffany & co.
“Aneh bukan? Saya rindu masa lalu. Dahulu, kami banyak keluar bersama-sama. Model-model era saya dahulu lebih ramah. Kami menyapa semua orang. Juga rajin bertanya itu dan ini. Model senior pula tidak lokek berkongsi tip,” ujarnya membuka perbualan hari itu. Orangnya is supernaturally photogenic. Penampilan paling ringkas, eklektik, namun kekal bergaya. Asalnya, Merlissa Zainal bukan bercita-cita mahu menjadi seorang model. Bertubuh langsing dengan ketinggian 170cm, bukan ketinggian model namun ramai yang menyuruhnya menjadi peragawati. Namun dia tidak pernah berminat. Sehingga suatu hari, dia sedang berjalan-jalan di pusat membeli belah. Ketika itulah Merlissa dilamar untuk menyertai Elite Look of The Year Malaysia pada 1994. Merlissa menang merebut tempat pertama pada tahun itu dan mewakili Malaysia bertanding di peringkat antarabangsa. Ketika itu Gisele Bündchen adalah salah seorang peserta akhir.

Baju Hermes dan barang kemas Tiffany & co.
Di usia 16 tahun, Merlissa mengembara ke luar negara bagi membanggakan Malaysia. Dia mendapat tempat ke sembilan belas daripada enam puluh sembilan peserta keseluruhannya. Tempat yang agak baik. “Saya berpeluang bertemu Linda Evangelista dan ramai lagi. Sebagai model di bawah agensi Elite, mereka hadir untuk memberi sokongan. Ketika itu ada penggambaran untuk kempen projek Elite Look of The Year.” Menyertai pertandingan Elite Look of The Year adalah pengalaman paling berharga buat Merlissa. Dia lantas terjatuh hati dengan pentas peragaan dan tidak berpaling lagi. Dunia peragaan adalah kerjaya tetapnya selepas itu. Walaupun dia juga membantu keluarga, setiap tawaran kerja tidak dilepaskan.
Baca lanjut dalam GLAM April isu.
Artikel Berkaitan: Mimpikita Kini Bukan Lagi Sekadar “Mimpi”
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
