Related Stories
Mimpikita Kini Bukan Lagi Sekadar “Mimpi”
Mengusahakan perniagaan fesyen bersama adik-beradik bukanlah perkara mudah. Begitulah pengakuan Nurul dan Amirah Zulkifli dari Mimpikita.
pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM arahan seni AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM penulis MARINI MAT ZAIN gambar EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO solekan EZAD IBRAHIM & RAZZI MUSA

Bermula daripada minat, mereka tiga beradik termasuk Syahira nekad untuk membina empayar perniagaan sendiri. Berbekalkan semangat yang tinggi, Mimpikita telah mendapat tempat di tanah air lantas kini mahu melebarkan sayap ke luar negara.
Label ‘modest fashion’ Mimpikita kini sudah 15 tahun berada dalam industri fesyen. Bermula pada 2008 secara kecil-kecilan, mereka bermula menjual pakaian di atas talian. Nurul yang mendorong adik-adiknya untuk meneruskan perniagaan fesyen. Padahal mereka masing-masing belajar dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan dan Ijazah Pentadbiran Perniagaan.
“Ketika belajar di Australia, saya kagum dengan masyarakat di sana yang begitu menghargai pasaran tempatan. Saya buka laman blog dan menjual pakaian bersama Amirah dan Syahira. Kembali ke Malaysia kami jual apa sahaja barangan untuk mengumpul modal disamping mula mencari identiti Mimpikita,” ujar Nurul Zulkifli membuka bicara.

Mimpikita Bukan Lagi Mimpi
Pada awal penglibatan, mereka banyak menggunakan sumber luar. Namun selepas beberapa bulan, mereka mula mereka busana sendiri dan mencari tukang jahit berkemahiran. Pengalaman menyertai bazaar banyak mengajar mereka dalam berhati-hati memilih pakaian untuk dijual. Ternyata permintaan pelanggan tinggi. Mereka perlu menghasilkan rekaan sendiri yang lebih original. Begitulah Mimpikita belajar mengembangkan perniagaan. Mereka bermula dari bawah.
APA SAHAJA LANGKAH KAMI MAHU AMBIL, SEMESTINYA MENDAPAT RESTU KELUARGA TERLEBIH DAHULU — MIMPIKITA
“Segala-galanya bermula apabila Nurul nekad untuk membawa Mimpikita lebih jauh. Dia memaksa kami melukis,” ujar Amirah ketawa. “Kami diberi sketch book. Tanpa bantahan, kami pula mengikut sahaja. Ketika itu kami menjual pakaian di atas talian dan menyertai bazaar pada setiap hujung minggu,” tambah Amirah lagi. Mereka tiga beradik mula memasang strategi selain membahagi-bahagi tugas. Sememangnya Mimpikita adalah peniagaan keluarga dari awal. Peringkat seterusnya mereka mahu Label ‘modest fashion’ Mimpikita mula dikenali ramai.
- Baca penuh GLAM Profil di edisi cetak Jan/Feb 2023.
Pautan Berkenaan: Jojo Struys Bermeditasi Untuk Keseimbangan Hidup
Artikel Berkaitan
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
Ally Mukhriz Umum Berita Kehamilan, Kongsi Perjalanan IVF
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry &#...
Kenali Aruwin Salehhuddin, Atlet Wanita Pertama di Sukan Oli...
Royal Baby Joy! Putera Mateen & Puteri Anisha Timang Pu...
5 Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Dengan Pasangan Bukan Wa...
Tengku Natasya Puteri Kini Bergelar Tengku Puan Bendahara
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
