"Kecantikan tidak akan menjamin masa depan" - Erin Adlina Adnan

“Kecantikan tidak akan menjamin masa depan” – Erin Adlina Adnan

Oleh MUJAHID SADDAM
 

Erin Adlina AdnanErin Adlina Adnan dalam GLAM edisi Januari 2016.

 

Pada usia yang masih muda, Erin Adlina dikagumi kerana punya wawasan yang begitu tinggi dalam kerjayanya sebagai Pengurus Agensi di agensi miliknya sendiri, EA Achievers. Tampil penuh keyakinan dan befikiran lebih jauh dari usianya, dekati wanita ini menerusi temu bual ini.

 
Bagaimana anda mendefinisikan diri sendiri?
Seorang yang bercita-cita tinggi, mengutamakan kerjaya serta keluarga dan berusaha keras untuk berjaya.
 
Salah faham terbesar tentang diri anda?
Bahawa saya seorang yang sombong dan kurang menyenangkan! Mungkin mereka beranggapan sebegitu kerana wajah saya. Namun apabila saya mula senyum dan berbual bersama mereka, secara natural persepi terhadap saya berubah.
 
Your guilty pleasure?
Memandu kereta secara laju. Ianya mendatangkan banyak masalah!
 
Suatu perkara tentang anda yang menjadi kejutan?
Saya sukakan cabaran dan sukan lasak. Pelan tahun ini adalah untuk melakukan sky dive di Dubai. Saya juga merupakan seorang spiritual walau wajah saya langsung tidak melambangkannya.
 
Tidak boleh meninggalkan rumah tanpa?
Pelindung sinar, telefon dan komputer riba. Ianya menjadi suatu kemestian untuk membawa komputer riba walau bukan di hari bekerja, I’m attached to my work!
 
Definisi kecantikan pada anda?
Ketenangan dalaman dan kestabilan mental. Ramai yang punya raut wajah jelita namun internally they are not very beautiful.
 
Filem kegemaran?
The Notebook cukup romantik! Selain itu adalah Shawshank Redemption dan The Longest Yard.
 
Celebrity Crush?
Saya sangat tertarik dengan personaliti Will Smith. Jika dipandang dari sudut ketampanan, Colin Farrell adalah pilihan saya.
 
Memori di bangku sekolah?
Dirotan oleh guru kerana ponteng kelas Biologi. Ia selamanya terpahat dalam memori saya dan jika diimbas kembali agak lucu! Antara yang paling manis adalah saya pernah mengetuai Kadet Bomba dalam kawad kaki.
 
Buku bacaan terakhir?
The Five Love Languages oleh Gary D. Chapman. Ianya mengajar saya untuk memahami invdividu lain melalui aspek berbeza.
 
Idola dalam hidup?
Sudah tentu ibu saya yang merupakan contoh wanita hebat dari segala aspek, di rumah dan juga sebagai wanita berkerjaya. Dia melakukan segala-galanya dengan sempurna dan bersahaja. Selain itu, Permaisuri Rania pula dikagumi kerana punya pesona yang memukau setiap mata.
 
Nasihat terbaik pernah diterima?
“Listen to understand instead of listen to reply.” Sebagai manusia kita sering terlepas pandang mengenai apa yang cuba disampaikan oleh individu lain, oleh itu ianya penting untuk mendengar dan memahami setiap bait bicara itu.
 
Nasihat untuk wanita?
Pertama sekali adalah untuk menghargai diri. Jangan hanya bergantung pada lelaki kerana wanita perlukan jaringan keselamatan iaitu diri sendiri. Kecantikan tidak akan menjamin masa depan tetapi ilmu dan pengalaman pasti membantu. Dan yang terakhir, jangan pernah berhenti belajar, tidak kira daripada ibu bapa, orang sekeliling, bahan bacaan atau pengalaman anda sendiri.
 

See also
Inspirasi Suai Padan Sneakers

Penata Gaya YANA BAHARUDIN
Penyelaras AZZA FARHANA
Gambar AARON/ LENSOWRK STUDIO
Arahan Seni ZULKIFLI SULAIMAN
Solekan ZAMRI ZAINOL/LANCOME
Dandanan WINSON KOW HAIRTISTIC