Rockstar, Ella Sebagai Ikon Pujaan Malaysia - Glam Malaysia

Rockstar, Ella Sebagai Ikon Pujaan Malaysia

SUPERMODEL, TENGKU AZURA DAN ROCKSTAR, ELLA BERKONGSI KENANGAN SEWAKTU BERADA DI PUNCAK GLAMOR SEBAGAI DUA IKON PUJAAN MALAYSIA.

 

Ella “Hati ini hancur dan luluh keranamu, Hati ini hancur dan luluh keranamu, tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia, semenjak hatimu dicuri si jelita…” Nyanyi Ella apabila kami pinta. Gugur jantung saya mendengar suara serak-serak basahnya. Ya tiada siapa boleh gantikan Ella. She’s approaching 50 and she can still give a perfect rendition of her songs. Live nonetheless! Semua yang ada di studio bersorak girang apabila dia melayani permintaan kami dengan menyanyi sambil-sambil itu wajahnya dirias kakaknya Saidatul Nisa. Apa yang saya perhatikan hubungan erat tiga beradik Ella, Jojie dan Kak Sai jelas terpancar. Jojie dan Kak Sai adalah her confident booster. Kalau cantik kata kakak-kakaknya cantiklah bagi dia.

 

Duduk bersembang bersama Ella saya rasakan umpama dia rakan sebaya saya walaupun she’s double my age! Manja. Ya seperti semua tahu itulah sifatnya. Norzila Aminuddin atau Ella mencebur diri dalam bidang nyanyian seawal usia 16 tahun dan masih popular hingga ke hari ini. She’s a legend! Dirinya adalah bintang yang gemerlap. Cahayanya tidak akan pernah suram. Dirinya akan terus menyinari orang ramai dengan lagu-lagu yang dibawanya.

 

Bermula dengan kumpulan The Boys, Ella kemudiannya mengorak langkah berani dengan mengeluarkan album Pengemis Cinta secara solo yang berjaya menjadi album platinum. Ella adalah artis pertama tanah air yang berjaya menjual album sebanyak 300, 000 ribu unit menerusi album ELLA 30110. Dia kemudiannya ke Amerika Syarikat untuk rakaman album ke-5 iaitu ELLA USA. Bukan itu sahaja Ella turut membawa virus lagu-lagunya hingga ke Jepun, Indonesia, Singapura, Brunei, China, Hong Kong dan Amerika Syarikat. Kehebatan dalam bidang nyanyian diberi penghargaan apabila dia dikurniakan pingat emas Setia Mahkota Pahang oleh Tengku Mahkota Pahang pada 30 Mac 2010. Ramai yang tidak tahu kebanyakan lagu-lagunya berkisarkan kisah hidupnya.

 

Ella sudah menghambakan dirinya dalam industri muzik tanah air lebih daripada 30 tahun. Biarpun kariernya merentasi dekad demi dekad, tetapi setiap kali Ella muncul dengan lagu baharu, ia pasti akan menjadi hits dan menjadi siulan ramai. Single terbarunya, Istimewah, nyata membuktikan dia berjaya mengekalkan momentumnya. “Syukur saya masih lagi diterima ramai untuk menyumbang suara di persada seni muzik tanah air. Saya akan keluarkan album baru tetapi saya belum tentukan lagi nama album. Hanya tinggal lagi tiga lagu untuk album saya siap sepenuhnya. Nantikan ya!”

See also
GLAM #GirlSquad: Putri Azalea, Nora Danish, Alia Alizar, Putri Yasmin dan Faralisa Adril

 

“Jika ditanya beza penjualan album dulu dan sekarang, tentunya dulu lebih banyak untung berbanding hari ini. Dengan kewujudan era digital hari ini seperti media sosial dan muat turun dari internet banyak pecahan berlaku daripada segi pembelian lagu. Saya kira semua artis pasti terasa dengan perubahaan penjualan sebegini. Apapun saya bersyukur kerana lagu-lagu saya masih laris terjual hingga ke hari ini,” luahnya tentang efek kehadiran teknologi digital pada penjualan lagu-lagu.

 

Ella akan kembali menemui peminat-peminatnya di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 April 2016, Sabtu jam 8.30 malam. Atas dasar keprihatinan Ella terhadap gejala dadah yang kian kronik, dua ringgit daripada setiap penjualan tiket akan disalurkan ke tabung PEMADAM Selangor. “Saya harap dengan sumbangan saya ini akan ada lebih banyak program-program anti-dadah dapat dijalankan pada masa hadapan. Pada 27 April pula saya akan mengadakan konsert untuk Secretary Week di Dewan Felda. Jujurnya saya betul-betul tidak sabar untuk melepaskan rindu menghiburkan peminat April nanti. Saya jangkakan konsert ini akan memberi impak yang luar biasa. Nantikan ya!”

 

Ia pasti akan menjadi hits dan menjadi siulan ramai. Single terbarunya, Istimewah, nyata membuktikan dia berjaya mengekalkan momentumnya. “Syukur saya masih lagi diterima ramai untuk menyumbang suara di persada seni muzik tanah air. Saya akan keluarkan album baru tetapi saya belum tentukan lagi nama album. Hanya tinggal lagi tiga lagu untuk album saya siap sepenuhnya. Nantikan ya!”

 

Jika ditanya beza penjualan album dulu dan sekarang, tentunya dulu lebih banyak untung berbanding hari ini. Dengan kewujudan era digital hari ini seperti media sosial dan muat turun dari internet banyak pecahan berlaku daripada segi pembelian lagu. Saya kira semua artis pasti terasa dengan perubahaan penjualan sebegini. Apapun saya bersyukur kerana lagu-lagu saya masih laris terjual hingga ke hari ini,” luahnya tentang efek kehadiran teknologi digital pada penjualan lagu-lagu.

See also
Karpet Merah British Fashion Awards 2015

 

Ella akan kembali menemui peminat-peminatnya di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 April 2016, Sabtu jam 8.30 malam. Atas dasar keprihatinan Ella terhadap gejala dadah yang kian kronik, dua ringgit daripada setiap penjualan tiket akan disalurkan ke tabung PEMADAM Selangor. “Saya harap dengan sumbangan saya ini akan ada lebih banyak program-program anti-dadah dapat dijalankan pada masa hadapan. Pada 27 April pula saya akan mengadakan konsert untuk Secretary Week di Dewan Felda. Jujurnya saya betul-betul tidak sabar untuk melepaskan rindu menghiburkan peminat April nanti. Saya jangkakan konsert ini akan memberi impak yang luar biasa. Nantikan ya!”

 

Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 1993 sedikitpun tidak dimamah usia. Wajahnya kekal jelita. Duta produk kecantikan dan kesihatan Lameya, ini akui rahsia awet mudanya adalah kerana mengamalkan produknya yang juga rahsia turun-temurun keluarganya. Produk Lameya yang diasaskan oleh Ella dan Jojie ini mengandungi formula dengan ramuan khas buah-buahan sunnah Rasulullah SAW.

 

Ella masih mengekal indentiti rambut hitam yang dibelah tengah dan lepas mengurai. Ramai juga yang tidak tahu Ella ini hantu perfume sebenarnya. Memang harum sekali apabila saya menemuramahnya. Angel, by Thierry Mugler, Samsara dari Guerlain dan Boucheron adalah tiga wangian obsesinya. Bercerita soal fesyen pula Ella sangat teruja. “I love fashion! Madonna adalah ikon fashion saya. Di usianya dia masih tampil ranggi dan bergaya. Dan untuk fresh faces pula saya suka gaya santai Gigi Hadid dan Kendall Jenner. Pada hari-hari malas, saya suka bergaya dengan gaya street style.”

 

Siapa tahu di sebalik gaya rock & rollnya, sifat feminin wanita ini masih terserlah. Ella mempunyai hobi mewah dengan mengumpul tas tangan dan sneakers. Chanel, LV, Prada, Fendi dan Dior antara koleksi beg tangannya yang tersusun rapi di walk in closetnya. Ramai tahu yang Ella dan sneakers tidak dapat dipisahkan. Converse, Gucci, La Coste dan DKNY menjadi kegemarannya.

See also
Natasha Seatter Lambang Wanita Serba Boleh

 

Beralih pada kisah rumah tangganya saya bagaikan dapat merasai kebahagiaan yang bertebaran pada dirinya. Kalau dulu Ella sering dihimpit dengan soalan bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya. Hari ini empunya diri sudahpun empat tahun mendirikan rumah tangga bersama juruterbang Azhar Husaini Ghazali. “I’ve put on weight so I guess I’m in my happy phase! Kalau kami berdua free kami pasti akan luangkan masa keluar makan malam dan menonton wayang bersama. Suami dan saya adalah outdoor person. Kami akan melakukan jungle trekking untuk aktiviti riadah bersama. Memandangkan jadual kerja kami yang sibuk, kami sekadar dapat menjelajah pulau-pulau di sekitar Malaysia sebagai destinasi short-getaway. Alhamdulillah baru-baru ini kami berpeluang bercuti di luar negara bersama yakni di London dan turut melawati Paris dan Amsterdam. It was a beautiful trip that we could treasure together!”

 

Apa yang membuatkan Ella tertarik pada suaminya? “Satu tentang Azhar, dia seorang pendiam. Dia tidak mengurat saya pun. Cinta kami berputik dengan sendiri, melalui persahabatan kami yang bertahun-tahun lamanya. Sungguh saya kata, Azhar dulu seperti tidak heran pun dengan saya. Sehingga saya sendiri tertanya-tanya betulkah dia sukakan saya. Sehinggalah satu hari dia membuat pengakuan kepada saya the greatest moment he ever had is when he finally met me. Kerana dia adalah peminat setia saya!”

 

Kata Ella suaminya bukanlah seorang yang cerewet tentang makan. Apa yang ada dia makan saja. Kalau ada waktu Ella akan masak untuk suaminya di rumah. Jika selama ini dia memang sentiasa bersama keluarga, tetapi akui Ella kasih sayang suami ini lain dengan keluarga. Dia banyak belajar bertolak ansur hidup dalam berumah tangga. Harapannya agar dia dikurniakan zuriat sebagai pengikat cinta antara mereka berdua.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Mac 2016