Related Stories
GLAM Junior: Eyka Farhana Bakal Timang Anak Lelaki
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioPelakon, Ekya Farhana dan pasangannya, pemain bola sepak buat pasukan Terengganu berkongsi yang mereka bakal menimang anak lelaki pertama.
Pada 12 April lalu, pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, meraikan detik istimewa dalam hidup mereka dengan menganjurkan sebuah acara gender reveal yang penuh meriah dan bermakna. Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat itu berlangsung dalam suasana santai namun cukup mengujakan.
Sejak dari awal, tetamu yang hadir sudah diberikan ‘petunjuk permainan’ yang mana mereka diminta mengenakan busana berona biru sekiranya meramalkan bayi tersebut lelaki, manakala merah jambu untuk perempuan. Menariknya, majoriti tetamu tampil dalam warna biru, seolah-olah sudah dapat menghidu jawapan sebenar.

Sebaik tiba, tetamu turut diminta membuat tekaan rasmi dengan melekatkan pelekat pada papan khas yang disediakan. Tidak mengejutkan, ruang untuk “baby boy” dipenuhi dengan sticker, menandakan keyakinan ramai terhadap jantina bayi pasangan ini.
View this post on Instagram
Sorotan LainJoe Jonas Luah Rasa Cinta Buat Sophie Turner Selepas Kelahiran Puteri Kedua
Hari Wanita Sedunia: 3 Komuniti Wanita di KL yang Membina Sokongan & Persahabatan
Selebriti & Filem Yang Tidak Layak Menerima Pencalonan Oscar
GLAM Mengiktiraf 5 Wanita Glamor di Malam Gala Most GLAM 2022
Pelakon Lagenda Gena Rowlands Meninggal Dunia
63 Tahun & Masih No.1: Tom Cruise Pelakon Dengan Bayaran Tertinggi 2025![]()
Eyka dan Akhyar pula tampil serba putih, mencerminkan simbolik permulaan baharu dalam fasa kehidupan mereka sebagai bakal ibu dan bapa. Sepanjang acara, suasana dimeriahkan dengan pelbagai permainan yang menghiburkan. Antaranya, permainan suap yogurt antara suami isteri dengan mata ditutup yang mencuit hati tetamu, selain sesi charades yang menyaksikan pertembungan dua kumpulan iaitu team selebriti menentang team pemain bola sepak.
Kemuncak acara pastinya dinantikan semua. Dalam detik penuh debar itu, akhirnya terungkai bahawa pasangan ini bakal menimang cahaya mata lelaki. Sorakan kegembiraan dan tepukan gemuruh memenuhi ruang, meraikan berita indah yang bakal mengubah kehidupan Eyka dan Akhyar.
Acara berlangsung di The Hub, A-Park Puchong dan dekorasia acara dibuat oleh Weddings by Emma.
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
