GLAM It Girl: Tasnim Shah
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioIt-Girl pilihan GLAM kali ini mempersembahkan Tasnim Shah yang merupakan pengasas TA by Tasnim Shah. Jelitawan yang kini bergelar seorang ibu berkongsi perkara menarik tentang dirinya.
Tasnim Shah merupakan seorang pengasas jenama fesyen TA by Tasnim Shah dan juga mengusahakan perniagaan The Smol Pancakes bersama suaminya, Amin Daniel. Bagi yang sudah mengikutinya, pasti anda sudah ketahui bahawa wanita anggun ini juga merupakan graduan undang-undang. A real beauty with brain!
Tasnim Shah, It-Girl Bulan Ini
1. Gambarkan diri anda dalam tiga perkataan?
Setia, berdikari dan tersusun.

2. Bagi anda yang pertama kali menyambut Hari Ibu, apakah perasaan yang kini bergelar ibu?
Saya berasa sangat gembira dan masih tidak percaya yang saya sekarang bergelar seorang ibu. Pada masa yang sama, saya bersyukur kerana Tuhan memberi rezeki cahaya mata dan dapat merasai kebahagiaan menjadi seorang ibu.
3. Bagaimanakah anda membahagikan masa antara menguruskan perniagaan dan menjaga anak?
Dalam menguruskan perniagaan, jadual saya kebanyakannya fleksibel. Jika ada mesyuarat, saya akan memilih untuk melakukannya secara atas talian. Jika ada kerja yang boleh diselesaikan dari rumah, saya akan bekerja dari rumah. Oleh sebab itu, saya dapat menjaga anak dan juga bekerja pada masa yang sama.
Tidak dinafikan, menjadi seorang ibu yang bekerja bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, bantuan orang lain juga memainkan peranan yang penting. Untuk ibu-ibu diluar sana, jangan teragak-agak untuk meminta bantuan!

4. Bolehkah anda kongsikan tips hubungan bahagia bersama suami?
Komunikasi adalah kunci. Pastikan untuk meluahkan perasaan anda kepada pasangan. Namun, jangan cakap sesuatu perkara yang anda tahu boleh menyakiti pasangan. Selain itu, kita juga perlu menujukkan penghargaan kepada pasangan dan saling membantu satu sama lain. Jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih apabila pasangan anda meberikan pertolongan. Seterusnya, luangkan masa berkualiti bersama pasangan anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.
5. Bolehkah anda kongsikan rutin kecantikan anda dari pagi hingga ke malam?
Pada waktu pagi, saya akan membersihkan muka dengan pencuci muka. Seterusnya, saya akan menggunakan toner, serum, pelembap, pelindung matahari dan makeup untuk keluar rumah. Pada waktu malam, saya akan double cleanse untuk membuang makeup. Selepas itu, saya akan menggunakan toner, hydrating sheet mask, pelembap dan lip sleeping mask.
6. Apakah tempat kegemaran anda untuk memanjakan diri?
Untuk rawatan rambut, saya gemar untuk pergi ke Cocodry! Saya juga suka pergi ke spa seperti The Ruma Hotel. Kadangkala, saya akan memanggil tukang urut kegemaran untuk melakukan urutan di rumah atau melakukan body scrub.

7. Bolehkah anda kongsikan satu item fesyen kegemaran di dalam koleksi milik anda?
Baggy denim pants! Ini kerana seluar jeans adalah satu item yang tidak ketinggalan zaman. Ia juga senang untuk dipadankan dengan kebanyakan outfit.
8. Apakah pesanan anda kepada golongan muda yang ingin memulakan perniagaan?
Sebelum memulakan sesuatu, pastikan anda mempunyai perancangan yang betul. Kaji produk yang ingin dijual dan kenal pasti pelanggan sasaran anda. Jangan malu untuk bertanya dan minta pendapat. Sentiasa ingat bahawa setiap orang bermula dari suatu tempat.
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
