Related Stories
Tayangan Perdana Filem Pendek ‘I AM WOMAN’ Berlangsung Dengan Jaya
Acara tayangan perdana filem pendek ‘I AM WOMAN’ anjuran Biz Of RE dengan kerjasama L’Oreal Professionnel, merai empat personaliti wanita hebat ini berlangsung penuh meriah.


Bertempat di Aurum Theatre, The Gardens Mall, pada minggu yang lalu telah berlangsungnya tayangan perdana filem pendek ‘I AM WOMAN’. Dihadiri oleh ramai teman selebriti, bintang media sosial seperti Sherry Alhadad, Che Puan Syamim Farid, Nadia Brian, Athisha Khan serta ramai lagi tetamu jemputan eksklusif . Bertemakan ‘Red Impact’, kesemua tetamu yang hadir tampil mengikut tema mengenakan busana serba merah dengan gaya memukau yang tersendiri.


Pada petang itu, acara telah dimulakan dengan kata-kata aluan oleh hos, Amira Azman daripada GLAM Malaysia juga Alisha Azuddin yang mewakili majalah Harper’s BAZAAR Malaysia. Diikuti pula dengan ucapan daripada Pengarah Projek yang juga merupakan Pengarah Kreatif Digital Biz Of RE, Nisa’ Halid. Menyampaikan makna di sebalik projek ini serta misi dalam melaksanakan kempen ini. Kemudian, acara dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa daripada penyanyi wanita berkumpulan, Tiga Soul. Mendendangkan tiga buah lagu penuh energi, persembahan mereka mendapat tepukan yang cukup gemuruh. Tiga Soul turut berkongsi previu lagu mereka yang bakal dirilis September ini yang berjudul “QUEEN”.


Sesudah itu, acara diteruskan dengan upacara penyampaian jambangan bunga indah daripada Hobby Florist KL serta sesi berkenalan bersama empat wanita yang dirai di dalam filem pendek ini. Bukan sekadar empat wanita yang dirai ini, malah tetamu yang hadir turut sama membawa pulang jambangan bunga segar daripada Hobby Florist KL ini. Sebuah ruangan istimewa di dalam JIN Gastrobar ini disediakan buat tetamu untuk memilih kuntuman bunga daripada jenama ini untuk membina jambangan bunga sendiri. Acara disudahi dengan agenda kemuncak di mana para jemputan diarak memasuki empat dewan tayangan di Aurum Theatre bagi menyaksikan filem ‘I AM WOMAN’ berdurasi 18 minit ini.


Rata-rata yang menonton filem ini berkongsi rasa terharu lantas terinspirasi menonton kisah empat wanita cemerlang ini.
Tentang Filem Pendek ‘I AM WOMAN’…
“I AM WOMAN” adalah sebuah filem pendek terbitan Biz of RE bersama L’Oreal Professionel yang menampilkan empat wanita yang cukup memberikan inspirasi serta latar kejayaan dalam industri masing-masing. Mereka adalah pereka fesyen, Alia Bastamam; artis seni, Suhaili Michelin; penari klasik, January Low; dan penyanyi, MimiFly. Melalui filem dokumentari ini, mereka telah berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi mereka untuk mengecapi kejayaan hari ini.
Pautan Berkaitan: Biz Of RE Iktiraf 4 Wanita Hebat Dalam Kempen ‘I Am Woman’
Artikel Berkaitan
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pasangan Makin Dingin? Ini Cara Hangatkan Hubungan Semula
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
