Related Stories
Blackpink Buat Kemunculan Istimewa Di Istana Buckingham
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah tuah Blackpink apabila dijemput menghadiri majlis makan malam di Istana Buckingham.
Undangan ini berikutan lawatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dan isteri, Kim Keon Hee ke United Kingdom. Ini sekali gus menjadi pertembungan budaya pop antarabangsa terpenting dalam sejarah.
Jisoo, Lisa, Jennie and Rose antara 170 tetamu yang dijemput hadir pada majlis makan malam tersebut. Blackpink merupakan kumpulan penyanyi wanita kedua diundang ke Istana Buckingham selepas Spice Girls, sewaktu kumpulan Inggeris itu berada di puncak kerjaya mereka pada 1997.

Dalam ucapannya, Raja Charles III memuji Blackpink kerana menggunakan pengaruh mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar.
“Saya memuji Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose yang lebih dikenali sebagai Blackpink atas peranan mereka dalam membawa mesej kelestarian alam sekitar kepada khalayak global. Bukan sahaja sebagai duta Presidensi COP 26 UK, tetapi juga penyokong Matlamat Pembangunan Mampan UN.
“Menyaksikan generasi muda Korea mempunyai dedikasi untuk tujuan sebegini amat memberi inspirasi. Saya kagum melihat bagaimana mereka mengutamakan isu penting ini dan bergelar bintang global pada masa sama.
“Jika England mempunyai The Beatles, Queen, Harry Potter dan kaki kanan David Beckham, maka Korea mempunyai BTS, Blackpink, Squid Game, dan kaki kanan Son Heung Min,” tambahnya.
Blackpink Terima Pingat Kebesaran
Terdahulu, Raja Charles mengurniakan darjah kebesaran Members of the Order of the British Empire (MBE) kepada Jennie, Jisoo dan Lisa.
Rose turut menerima pingat MBE namun tanpa gelaran ‘kehormat’ kerana mempunyai dua kewarganegaraan termasuk New Zealand, salah satu daripada 14 negara yang dinaungi Raja Charles.

Pernghormatan ini diberikan sempena menghargai peranan mereka mempromosi usaha sidang kemuncak COP26 mengenai perubahan iklim di Scotland dua tahun lalu.
Anugerah ini adalah sebahagian daripada sistem penghormatan Britain yang mengiktiraf perkhidmatan cemerlang individu kepada negara dan dunia.
Foto: Getty Images
Artikel Berkaitan
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh ...
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amal...
Waldorf Astoria Kuala Lumpur Kini Dibuka Untuk Tempahan
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
4 Kafe Dengan Konsep Jazz Yang Wajib Dikunjungi
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
