Anatomy Of A Scandal Merampas Takhta Bridgerton Musim Kedua - Glam Malaysia
Anatomy Of A Scandal Merampas Takhta Bridgerton Musim Kedua

Anatomy Of A Scandal Merampas Takhta Bridgerton Musim Kedua

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bridgerton musim kedua berjaya menawan hati penonton Netflix dengan adegan penuh skandal. Kini, satu lagi skandal sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Selepas memecah satu lagi rekod Netflix susulan tarikh tayangan perdana pada 25 Mac, kedudukan Bridgerton musim kedua sebagai siri terunggul di platform penstriman itu kini diatasi oleh drama terbaharu, Anatomy of a Scandal.

Mula ditayangkan pada 15 April lalu, siri yang diadaptasi daripada buku Sarah Vaughan dengan tajuk yang sama itu menyusuri skandal fiksyen dalam kelas elit di United Kingdom.

Netflix